• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelepasan Cukai Projek Mega Diberi Sejak Era 1980-an

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Pengecualian cukai kepada beberapa projek besar milik kerajaan telah diberikan sejak tahun 1980-an dan isu pelepasan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi perolehan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak seharusnya diputarbelitkan pihak tertentu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata pelepasan cukai kepada projek ECRL diberikan dengan mengambil kira faktor bahawa projek itu dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui syarikat pelaburan kerajaan iaitu Malaysia Rail Sdn. Bhd.

“Memang benar kerajaan ada bagi pelepasan kepada projek ECRL kepada syarikat China tetapi kita perlu ingat projek ini kepunyaan Malaysia dan pemilik sebenar adalah Malaysia yang mana akhirnya dapat manfaat adalah Malaysia bukan China,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

“Isu ini tidak seharusnya diputarbelitkan kerana kerajaan juga telah memberikan pengecualian seperti ini ketika era cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada beberapa projek besar ketika tahun 1980-an iaitu sejak ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

Di bawah Insentif Untuk Projek Perkhidmatan Diluluskan (ASP), duti import dan pengecualian cukai jualan ke atas mesin dan peralatan telah diberikan untuk projek-projek dalam sektor pengangkutan, telekomunikasi dan utiliti,” katanya.

Subromaniam berkata syarikat-syarikat telekomunikasi, pengeluar tenaga bebas (IPP), pelabuhan dan lapangan terbang, kereta api dan lain-lain adalah di antara penerima manfaat di bawah insentif ini.

“Antara projek-projek besar yang mendapat pengecualian adalah projek yang melibatkan IPP, Terowong SMART, Stadium Bukit Jalil, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Express Rail Link (ERL), Transit Aliran Massa (MRT) dan banyak lagi projek-projek lain untuk mengurangkan impak kos projek,” katanya.

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menegaskan memang terdapat mekanisme dalam GST yang bertujuan untuk mengurangkan impak golongan yang disasarkan.

JKDM dari semasa ke semasa akan mempertimbangkan permohonan pelepasan kepada syarikat yang memohon serta layak,” katanya.

Secara amnya, beliau berkata pelepasan ke atas syarikat berkenaan adalah bagi memastikan projek strategik ECRL tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat yang besar kepada rakyat.

“Sekiranya pelepasan ini tidak diberikan sekalipun, kerajaan terpaksa menanggung kos GST ke atas perolehan ini di mana kerajaan perlu menambahkan pinjaman untuk menampung kos atau mengalami kerugian,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Subromaniam Tholasy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 30 Ejen Penghantaran Bakal Digantung Lesen

11/01/2018
0

PELABUHAN KLANG - Lebih 30 ejen penghantaran (forwarding agent) bakal digantung lesen atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967,...

Kastam Gantung Lesen 20 Ejen Penghantaran

29/12/2017
0

SIBU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mengumumkan penggantungan lesen 20 ejen penghantaran di seluruh negara bulan depan. Ketua Pengarahnya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd