• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tahfiz Dipaksa Buat Seks Dengan Ustaz…

oleh AK-47
04/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUSAT tahfiz sudah semestinya menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka bagi melanjutkan pelajaran dalam ilmu agama dan kerohanian.

Namun sejak kebelakangan banyak pula isu berbangkit termasuk kebakaran, kematian dan isu keselamatan sehingga nama sesetengah pusat pembelajaran berkenaan terpalit kontroversi.

Terbaharu, sekumpulan pelajar tahfiz telah dipaksa memberikan seks oral seperti mencium dan meraba ‘ustaz’ konon dengan melakukan perkara itu dapat meningkatkan pembelajaran mereka.

Lapor portal NST, ustaz yang berasal dari Bangladesh tersebut dikatakan menggunakan modus operandi yang sama ke atas setiap mangsa sebelum mendera mereka secara seksual.

Kegiatan terkutuk itu dilaporkan berlaku di sebuah madrasah yang terlatak di Taman Desa Anggerik, Serendah, Hulu Selangor.

“Ustaz berkenaan akan masuk bilik tidur pelajar dan meminta mereka mengurut kakinya sambil memberitahu tindakan mengurut pelajar boleh membantu pembelanjaran mereka.

“Lepas pelajar-pelajar itu urut kaki dia, mereka akan disuruh kunci pintu bilik sebelum baring, kemudian uztaz itu pula yang akan ‘urut’ pelajar tersebut,” kata seorang sumber yang dipetik portal berkenaan.

Perbuatan terkutuk lelaki itu terbongkar apabila salah seorang mangsa yang berusia 15 tahun memberitahu kejadian tersebut kepada bapanya.

Difahamkan, pelajar berkenaan telah diliwat oleh ‘ustaz’ tersebut sejak dari bulan Jun tahun lalu.

“Mangsa yang tidak tahan dengan penderaan seksual itu, akhirnya memaklumkan kepada bapanya yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Serendah,” katanya lagi,

Sumber juga memberitahu kesemua mangsa akan disuruh berbaring di sebelah lelaki tersebut sebelum mereka diliwat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Lim Bak Phai memberitahu bahawa suspek yang berusia 30 tahun itu telah ditahan pada hari yang sama selepas mereka membuat laporan polis.

Siasatan akan diajalankan di bawah seksyen 337C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii tanpa persetujuan. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Tags: Liwatpusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Akan Tolak Cadangan Batalkan ECRL

Next Post

Pakatan Mansuh Hukuman Mati Jika Menang PRU14

Related Posts

Warga Asing Lapor Polis, Diliwat Kenalan Gimnasium

Warga Asing Lapor Polis, Diliwat Kenalan Gimnasium

06/07/2024
45

Petaling Jaya : Tindakan lelaki warga asing yang menerima pelawaan kenalan baru dikenali di gimnasium untuk berbual di rumah bertukar...

Ibu Kelar Bayi: Polis Ambil Keterangan Enam Individu

Suspek Liwat Dua Remaja 15 Tahun Direman Tiga Hari

19/03/2024
0

MERSING: Seorang lelaki ditahan reman tiga hari untuk siasatan kes liwat dua remaja lelaki berusia 15 tahun. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Pakatan Mansuh Hukuman Mati Jika Menang PRU14

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd