• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Usaha Bawa Balik Wanita & Anak Di Kem Syria

oleh AK-47
06/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang berusaha untuk membawa pulang seorang wanita disyaki anggota militan Daesh bersama empat anaknya yang pada masa ini dipercayai berada di kem pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Syria.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya mengetahui tentang wanita berumur lingkungan 30-an itu daripada keluarganya selepas dia menghubungi bapanya kira-kira dua minggu lepas.

“Ini pertama kali kita dapat, selalu mereka tidak berhubung (dengan keluarga) tetapi kali ini ada yang berhubung dengan keluarga mereka dan keluarga wanita itu beritahu kami supaya bantu bawa balik wanita itu bersama anak-anaknya itu.

‘Wanita itu juga memaklumkan kepada bapanya tersebut yang suaminya disyaki ditahan puak pemberontak YPG (Kurdish Militia People’s Protection Unit),” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah sempena bicara integriti di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ayob Khan berkata pihak PDRM akan berbincang dengan Wisma Putra dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mencari kaedah terbaik bagi membawa pulang wanita itu berserta anak-anaknya dengan selamat ke negara ini.

Sementara itu, Ayob Khan berkata hasil maklumat diterima pihaknya mendapati seramai 53 rakyat negara ini yang dipercayai terlibat dalam kegiatan kumpulan militan Daesh masih bebas berada di Syria setakat ini.

“Mereka ini terdiri daripada 24 lelaki dan 12 wanita serta sembilan kanak-kanak lelaki dengan lapan kanak-kanak perempuan,” katanya.

Ditanya peluang untuk membawa balik kesemua mereka itu ke Malaysia, beliau berkata usaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia itu akan berhadapan risiko serta kekangan tertentu berikutan pergolakan yang berlaku di negara terbabit.

Bagaimanapun katanya pihak PDRM akan berbincang dengan Wisma Putra dan KDN untuk mencari jalan terbaik bagi membawa pulang kesemua mereka ke negara ini semula terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya turut memberikan perhatian serius terhadap kehadiran pengganas warga asing (FTF) ke Malaysia untuk berlindung serta mengatur strategi ataupun bergabung dengan anasir Daesh yang berada di negara ini.

“Ini memang jelas, Malaysia sekarang ini dikhuatiri akan ada banyak lagi elemen FTF akan masuk sama ada melarikan diri dari Syria ataupun Iraq,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sah Ayob Khan Dilantik Pengarah JSJN

24/12/2021
0

PETALING JAYA: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman....

18 Pegawai Rendah Polis Johor Dibuang Kerja – Ayob Khan

12/12/2021
0

Jumlah yang dibuang ini sebenarnya kecil jika dibandingkan dengan jumlah pegawai atau anggota yang bermasalah.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd