Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

TMJ Sambut Ulang Tahun...

SELAMAT ulang tahun diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang baru...

Bacalah Al-Quran, Bukan Asyik...

KETAGIHAN serius umat Islam di Selangor yang lebih selesa menghadap gajet ketika khatib...

VIDEO: Lelaki Permain Lembu...

PADAH memperlekeh serta mempermainkan seekor lembu jantan, seorang lelaki yang mahu tunjuk hebat...

Baru Nak Mula Bercinta...

SUDAHLAH rumah tangga dibina musnah dibadai ombak... Baru sahaja menjalinkan hubungan cinta bersama...

Terengganu Perkenal Dana Raya Anggota Keselamatan

KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan yang berkhidmat di Terengganu bakal menerima dana raya antara RM200 dan RM400, sebagai tanda kerajaan negeri menghargai jasa mereka, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Sebelum ini, bantuan dana raya hanya diberi kepada ketua keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, warga emas, orang kurang upaya, bapa atau ibu tunggal serta individu yang belum berkahwin (berumur 40 tahun ke atas) dengan pendapatan bulanan bawah RM2,000.

Ahmad Razif berkata perkara itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Exco yang diadakan sebelum ini iaitu sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Cuma, keputusan ini kita umumkan pada hari ini sebagai mengenang jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan selama ini. Bantuan dana raya ini akan diberikan kepada semua anggota pasukan keselamatan tanpa mengira pangkat, termasuk Ketua Polis Negeri.

“Dana raya sebanyak RM400 untuk anggota yang sudah berkahwin manakala bagi anggota yang bujang akan menerima RM200,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis apresiasi bersempena Hari Polis ke-211 yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di sini, hari ini..

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata bantuan dana raya itu akan melibatkan tambahan antara RM4 juta hingga RM5 juta dalam bajet tahunan negeri namun belum memperincikan jumlah sebenar anggota pasukan keselamatan yang akan terlibat.

“Bantuan dana raya ini akan mula diagihkan pada 1 Ramadan manakala anggota bukan Muslim pula akan diberi menjelang perayaan masing-masing.


“Bagaimanapun, bagi anggota keselamatan yang telahpun layak menerima bantuan dana raya ini melalui kategori biasa sebelum ini, mereka tidak akan menerimanya dua kali,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Razif juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis, sumbangan RM50,000 kepada Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Terengganu, RM50,000 kepada Persatuan Bekas Polis Negeri Terengganu manakala PERKEP daerah dan PERKEP cawangan masing-masing menerima RM10,000.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata pihaknya mengucapkan berbanyak terima kasih terhadap sumbangan luar biasa yang diberi kepimpinan kerajaan Terengganu dalam menjaga kebajikan anggota polis, bekas anggota serta keluarga mereka. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori