Sample Page Title

KUCHING – Pasukan Cantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah seliaan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri bersiap siaga bagi menghadapi sebarangan kemungkinan di beberapa lokasi panas bagi memastikan pilihan raya umum ke 14 (PRU 14) berjalan dengan lancar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata setakat ini sebanyak 171 kawasan panas telah dikenal pasti dan tugasan Pasukan Cantas ini adalah untuk memastikan invididu yang berpotensi menimbulkan kekacauan tidak mencetuskan sebarangan insiden yang boleh menganggu gugat ketenteraman awam semasa PRU-14 itu berlangsung kelak.

“Polis akan terus membuat penilaian dari semasa ke semasa di lokasi panas yang telah dikenal pasti bagi menambah sebarang keperluan keanggotaan.

“Di Sarawak ini, keadaan keselamatannya amat terkawal, dijangka tidak akan ada masalah yang serius semasa tempoh pilihan raya kerana di Sarawak ianya melibatkan 31 kawasan parlimen sahaja, tidak seperti di Sabah dan semenanjung yang melibatkan pilihan raya peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar khas selepas menyempurnakan mesyuarat bersama 28 Ketua Polis Daerah negeri di Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, polis akan memberikan penekanan terhadap isu-isu keselamatan sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung, tindakan tegas akan diambil sekiranya ada individu yang cuba menimbulkan masalah serta menganggu gugat keamanan.

“Kita juga telah menyediakan Pasukan Light Strike Force (LSF) yang secukupnya untuk mengawal keadaan, sekiranya terdesak Pasukan Gerakan Am (PGA) akan digunakan.

“Diharap masalah keselamatan sepanjang tempoh pilihan raya nanti kita dapat ditangani dengan berkesan, doakan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya.

Tambahnya, daripada 9,178 orang pegawai dan anggota, sejumlah 7,017 sahaja yang akan bertugas semasa PRU-14 manakala yang selebihnya akan menjalankan tugasan harian di balai. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

JDT Kelab Pertama Jalin Kerjasama Dengan Socios.com

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kelab pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama...

Ibu Bimbang, Anak Empat Hari Tidak Pulang Ke Rumah

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak kelima...

Kertas Siasatan Kes Pukul Anak Tiri Diserah Ke Bukit Aman

IPOH: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar...

Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Berkaitan Kes Cubaan Culik Murid

IPOH: Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan menculik...

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihat Elak Ke Pantai Esok Hingga Khamis

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena...

Tawar Ganjaran Lumayan AS$2 Juta Untuk Tahan Rakyat Malaysia Lolos

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan kerja didakwa menjanjikan ganjaran lumayan AS$2 juta (RM9.1 juta) bagi...

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk membeli...