• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastinya Alexis Sanchez Sebenarnya Pilihan…

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOSE Mourinho menegaskan bahawa beliau tidak pernah meragui Alexis Sanchez sebagai pilihan yang tepat buat Manchester United apabila pemain itu akan berdepan dengan kelab lamanya Arsenal hujung minggu ini.

Manchester United mengalahkan Manchester City apabila berjaya mendapatkan Sanchez pada jendela perpindahan Januari lalu dengan menjadikannya pemain Liga Perdana Inggeris yang dibayar paling tinggi dengan £600,000 seminggu.

Pada awalnya, penyerang berusia 29 tahun itu menghadapi kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan kelab baharunya tetapi mula menunjukkan prestasi semakin baik sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Malah Sanchez membantu mengalahkan Tottenham dalam perlawanan separuh akhir Piala FA.

Mourinho mendakwa beliau sentiasa tahu Sanchez seorang pemain yang bagus, meskipun beliau berpandangan bahawa Manchester United tidak melihat perkara yang sama sehingga musim depan.

“Dia bermain dalam saingan kami selama bertahun-tahun,” kata Mourinho.

“Kita semua tahu betapa bagusnya dia. Itulah sebabnya dia menjadi rebutan banyak pasukan, saya percaya, dan mengapa kita berusaha untuk mendapatnya buat kelab ini.

“Sejak hari pertama, saya yakin dia adalah pemain yang tepat, bukan sekadar kualiti yang biasa-biasa tetapi juga mentalitinya. Kita memerlukannya, lebih pengalaman lagi, ketahanan mental dan saya tahu lambat laun ia akan diatasi,” ujar Mourinho. – Mail Online UK/mStar Online

Tags: Alexis SanchezManchester United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd