• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Bertanding Jangan Amal Politik Kebencian – Salleh

oleh Ahmad Albab
30/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIPITANG – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak meminta semua parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini agar tidak mengamalkan politik kebencian yang akhirnya hanya akan memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini.

Beliau berkata pemimpin semua parti yang bertanding pada pilihan raya ini perlu mengelak daripada menanamkan semangat kebencian kepada anggota parti masing-masing.

“(Pengundian) Pilihan raya ini hanya diadakan sehari sahaja pada 9 Mei ini… jadi kalau kita (pemimpin parti) menanamkan semangat kebencian, akhirnya rakyat yang akan berpecah-belah dan ia sudah tentunya tidak menguntungkan rakyat dan negara kita.

“Kita (parti-parti) memang mempunyai perbezaan (pandangan), namun selepas pilihan raya rakyat akan bersatu semula untuk memperkukuhkan perpaduan di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Titik Sentuhan di Kampung Pantai, Sindumin dekat sini hari ini.

Salleh berkata pemimpin parti yang bertanding juga perlu menjauhi amalan memfitnah dan membuat tuduhan-tuduhan yang terlalu bersifat peribadi kerana ia tidak menguntungkan rakyat.

“Yang paling penting kita (semua parti bertanding) kena bincang mengenai pembangunan khususnya di Sabah dan kita dalam Barisan Nasional (BN) sudah jelas dengan dasar dan programnya untuk rakyat dan negara.

“Kita (BN) jelas mempunyai perancangan dalam manifesto peringkat nasional dan di peringkat negeri,” tegasnya.

Sehubungan itu, Salleh yang juga bendahari UMNO meminta semua jentera BN agar terus giat menerangkan kepada rakyat khususnya di peringkat akar umbi mengenai pembangunan dan perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan diterajui BN selama ini.

“Terlalu banyak pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang sangat mengutamakan soal pembangunan dan seterusnya memberi peluang pekerjaan kepada rakyat. Jadi kalau mereka (pembangkang) ingin membincangkan soal pembangunan? silakan..tetapi kena terangkan kepada rakyat apa yang mereka lakukan,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pemuda BN Sabah, Yamani Hafez Musa yang juga calon BN bagi kawasan Parlimen Sipitang, Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad yang merupakan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, dan calon BN DUN Lumadan, Matbali Musah.

Mengulas barisan calon BN yang bertanding di kawasan Parlimen Sipitang, Salleh berkata gandingan mantap kesemua calon berkenaan diyakini mampu meneruskan kesinambungan pembangunan di kawasan Parlimen itu.

Katanya, sudah terbukti banyak pembangunan telah dilakukan kerajaan BN di Sipitang dan sudah tentunya banyak lagi perancangan yang akan dibuat untuk memastikan kawasan Sipitang terus maju.

Sehubungan itu, Salleh meminta semua pengundi di Sipitang memberi kepercayaan dan sokongan padu serta memberi kemenangan kepada semua calon BN yang bertanding di kawasan itu pada hari pengundian 9 Mei ini.

“Calon BN yang bertanding sama ada di kawasan Parlimen atau DUN adalah satu pakej kerana mereka bekerjasama sabagai satu pasukan. Oleh itu rakyat di Sipitang perlu mengundi kesemua calon BN di sini,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruakparti politik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

31/03/2026
0

RAKYAT tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang senada menuntut tindakan lebih tegas dan serius diambil bagi menangani isu pemandu...

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd