• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Perak Lancar Manifesto PRU14

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pakatan Harapan (PH) Perak melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di sini malam ini, yang menggariskan lima teras merangkumi 31 janji sekiranya mereka mengambil alih pentadbiran negara.

Manifesto bertemakan ‘Bersama Harapan Perak Kembali Gemilang’ itu dilancarkan oleh Setiausaha Kehormat PH Nasional Datuk Saifuddin Abdullah dan majlis itu turut dihadiri Pengerusi PH Perak Ahmad Faizal Azumu, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Asmuni Awi, serta Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

Lima teras itu ialah kebajikan dan ekonomi rakyat; amanah dan integriti; keadilan sosial dan demokrasi; budaya ilmu dan penyelidikan; alam sekitar dan komuniti.

PH Perak turut menggariskan 10 dasar tumpuan antaranya bantuan khas warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya serta veteran tentera dan polis; penubuhan institusi pembangunan wanita bagi meningkatkan keupayaan dan ketrampilan komuniti wanita daripada pelbagai aspek pengurusan diri, keluarga dan kerja.

Selain itu, skim bantuan khas pelajar Institusi Pengajian Tinggi anak Perak dan biasiswa Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk pelajar ijazah lanjutan serta bantuan khas kepada sekolah pondok, sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat, sekolah persendirian Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan 9 Mei iaitu hari Rabu sebagai hari mengundi dan 28 April sebagai hari penamaan calon manakala 5 Mei pula tarikh pengundian awal.

Tempoh berkempen pula ditetapkan selama 11 hari bermula pada hari penamaan calon. — BERNAMA

Tags: Datuk Saifuddin AbdullahManifesto PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kempen Perjuangan Isu Palestin Perlu Diperhebat

29/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Perjuangan Palestin benar-benar memerlukan satu kempen besar-besaran masyarakat global bagi menamatkan penderitaan penduduk di wilayah yang bergolak...

Rai Kepelbagaian Pendidikan Negara – Saifuddin

10/11/2018
0

KUANTAN - Rakyat di negara ini perlu meraikan kepelbagaian dari segala aspek termasuk pendidikan yang menjadi tunjang kepada masa hadapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd