Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Menteri Arah JPJ Tangguh...

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah semalam telah mengeluarkan surat mengarahkan...

Park Geun-Hye Enggan Ke...

SEOUL - Bekas presiden Korea Selatan Park Geun-hye yang kini ditahan dalam penjara,...

APM Awasi Kawasan Risiko...

KUANTAN - Lebih 3,500 anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang...

Video: Ini Cara Betul...

JENAMA automotif terkenal seperti Porshe, BMW, Audi, Honda dan Mercedes Benz mungkin sudah menjadi kebiasaan...

Pakar Ortopedik Muda Mahu Bawa Bawa Era Baru

ALOR SETAR – Pakar perunding pembedahan ortopedik, Dr. Mohammad Nawar Ariffin yang dicalonkan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pinang mahu membawa pengundi di kawasan itu mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan yang merupakan kunci kepada kemajuan sesebuah bangsa dan negara.

Calon berusia 42 tahun itu berkata beliau mahu menjadikan kisah dan pengalamannya dalam bidang perubatan dan penglibatan aktif dalam persatuan sebagai motivasi untuk rakyat di kawasan itu selain berazam menawarkan perkhidmatan politik berasaskan khidmat bakti.

“Sudah tiba masanya pengundi di Bukit Pinang, yang selama ini hidup dalam gerhana di bawah kepimpinan wakil rakyat pembangkang, merasakan arus pembangunan selari dengan kuasa yang ada pada kerajaan pusat dan negeri,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Calon-Calon BN Kedah di Seri Mentaloon di sini, hari ini oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Dr. Mohammad Nawar bukanlah calang-calang calon, beliau kini bertugas sebagai pakar perunding pembedahan ortopedik di sebuah hospital swasta di Kota Damansara dan merupakan pengasas KL Free Children Hospital.

Bapa kepada lima anak yang dilahirkan di Kampung Baru, Padang Tenusu, Pokok Sena itu juga merupakan Ikon Belia Negara selama tiga tahun berturut-turut sejak 2011, kedudukan 10 teratas Program Angkasawan Negara dan Ketua Pemuda Forum Silaturahim Masjid Serantau/Sedunia.

Ditanya mengenai strategi untuk berkempen kelak, Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Pokok Sena itu berkata beliau akan menggunakan pendekatan secara peribadi untuk menarik hati pengundi.


Lulusan bidang perubatan dari Universiti Malaya itu turut berharap agar pengundi Bukit Pinang akan dapat memberi kepercayaan kepada beliau untuk menjadi pemimpin di kawasan itu agar nikmat dan limpahan pembangunan turut dirasai oleh mereka.

Dr. Mohammad Nawar sebelum ini pernah mencuri perhatian dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015 apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memetik nama beliau sebagai contoh antara kejayaan UMNO dalam membela serta mengubah nasib orang Melayu dan bumiputera di negara ini.

Ia susulan ucapan Dr. Mohammad Nawar yang menceritakan kedaifan hidupnya dan mengakui ‘setiap butir nasi dimakan, adalah rezeki kurniaan Allah, hasil titik peluh perjuangan UMNO’.

Setakat ini, PAS mengumumkan Wan Romani Wan Salim yang merupakan penyandang kerusi DUN tersebut untuk bertanding pada PRU14. – BERNAMA

Kategori