• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Norway Lancar Tandas Paling Indah Di Dunia

oleh
17/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

OSLO – Jika Jepun terkenal dengan tandas automatiknya di seluruh negara Asia Timur itu, tandas di Norway ini mungkin boleh dianggap sebagai antara tandas yang paling cantik seni bina di dunia.

Terletak di Gildeskål, berdekatan kawasan Norwegian Scenic Route Helgelandskysten, reka bentuk tandas ini menggunakan reka bentuk minimalis dan bumbungya pula bergelombang, menurut laman media tempatan.

Apabila waktu malam, cahaya dipancarkan dari tandas ini bersinar terang dan jika ia dilihat dari jauh, orang ramai mungkin boleh tersilap pandang apabila menganggap bangunan jamban kumbahan ini sebagai sebuah hotel.

Baru dirasmikan akhir bulan lalu, reka bentuk tandas ini mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong asing di Norway. Dari tandas ini sahaja, mereka dapat melihat pemandangan panorama pantai dari pergunungan ais.

Malah, tandas ini bukan hanya tandas biasa! Terdapat kawasan pertunjukan terbuka dan juga tempat letak kereta awam disediakan, menurut kenyataan badan pelancongan kebangsaan, Nasjonale turistveger yang dipetik media.

Bagaimanapun laman Lonely Planet yang ditukil portal BBC Indonesia, melaporkan kerajaan Norway sedang merancang untuk memperbanyakkan tandas seperti ini di kawasan lain yang sering dikunjungi ramai pelancong.

Ini termasuk di Ryfylke, Hardangervidda, Helgelandskysten, Andøya dan Lofoten. Bahkan, ini bukanlah tandas indah yang pertama seumpamanya dibina di Norway. Tandas awam di Aurland antaranya juga mirip jamban ini.

Bezanya, ia terletak di hujung cenuram fjord yang memiliki pemandangan indah rantau Skandinavia ke kawasan pergunungan Lofoten Wall iaitu laluan terpanjang Norway melintasi Lingkaran Artik antara Holm dan Bodo.

Tandas ini mendapat sentuhan arkitek berpangkalan di ibu kota Oslo, Marit Justine Haugen dan Dan Zohar dengan kos berjumlah 15.6 juta krone Norway (kira-kira RM7.8 juta) serta menjalani kerja ubah suai pada tahun lalu.

Jika anda duduk di jamban seperti itu, tentunya dapat menikmati permandangan yang indah dari kawasan tinggi segar bebas daripada sebarang pencemaran alam, menurut BBC Indonesia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Norwaytandas
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mayat Wanita Thailand Ditemui Berlumuran Darah Dalam Tandas Di Kompleks Beli-belah

Mayat Wanita Thailand Ditemui Berlumuran Darah Dalam Tandas Di Kompleks Beli-belah

20/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Mayat seorang wanita warga Thailand ditemui berlumuran darah dalam tandas sebuah kompleks beli-belah di bandar raya ini semalam....

Tilintetgjort, Troll Dibarisi Pemuzik Norway Yang Terkenal Dan Berpengalaman

Tilintetgjort, Troll Dibarisi Pemuzik Norway Yang Terkenal Dan Berpengalaman

22/07/2024
0

Oleh ABDUL AZIZ ITAR TILINTETGJORT mungkin perkataan yang sedikit sukar untuk disebut bagi yang bukan berbahasa Norway. Namun, bagi para...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd