• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nora Danish Kini Tauke Salon Kecantikan

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan model cantik Nora Danish telah melancarkan salun rambut pertamanya, KARVA Salon for Ladies by Nora Danish, di G-Village, Jalan Desa Pandan, Kuala Lumpur, hari ini.

Salon kecantikan ini dimiliki oleh pelakon siri Puteri itu bersama-sama rakan kongsinya iaitu Cathy Danish dan pengasas KARVA SG, Rozza Ramli.

Menyasarkan golongan hijabista, KARVA menjanjikan pengalaman yang berbeza buat mereka yang inginkan ruangan yang santai dan eksklusif khas buat wanita sahaja.

Bukan itu sahaja, malah klien KARVA juga boleh mengadakan majlis persendirian di sana di bawah pakej KARVA Primp & Pamper seperti bridal shower, majlis hari jadi dan lain-lain sambil menikmati perkhidmatan dandanan kecantikan rambut dan rawatan kuku.

“Kami memahami kehendak wanita untuk berdandan di ruang yang eksklusif untuk wanita sahaja. Di KARVA, anda boleh mendapatkan rawatan kecantikan sambil merapatkan hubungan persahabatan bersama-sama teman-teman rapat anda. 

“Kami mahu menjadi hos majlis istimewa anda,” kata Nora ketika ditemui, di sini.

Dihiasi lampu chandelier, lantai berjubin marmar dan skema warna neutral, hiasan dalaman KARVA by Nora Danish menyerlahkan aura feminin dan glamor.

Harga setiap rawatan pula bermula dari RM35 ke RM875, bergantung kepada jenis rawatan yang dipersonalisasikan oleh klien sendiri.

Salon KARVA by Nora Danish ini sudahpun mula beroperasi pada 7 April lalu dan terletak di F-11, No.35, Jalan Desa Pandan, 55100, Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nora Danish
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Risda Cuba Yakin Kerajaan Tanam Ketum Perubatan

Next Post

478 Pasukan Sertai Piala Bola Sepak Robotik 2018

Related Posts

Ramai Puji Nora Danish Masih Cantik Berimej Botak

30/09/2018
0

PELAKON Nora Danish mengejutkan peminat apabila dia memuat naik gambarnya dengan imej berkepala botak di Instagram pada Ahad. Bagaimanapun, menerusi...

Tak Tahan Anak Kena Kutuk, Nora Tampil ‘Sound’ Netizen

05/06/2018
0

BUKAN mudah bergelar selebriti kerana apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian netizen termasuklah pelakon, Nora Danish yang sering menjadi...

Next Post

478 Pasukan Sertai Piala Bola Sepak Robotik 2018

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd