• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nita Hamzah Gementar Tunggu Detik Bahagia

oleh
19/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS naib Juara program realiti nyanyian Malaysian Idol 2005, Nita Hamzah mula berasa gementar menjelang hari pernikahan yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.

Nita berkata, dia mengakui perasaannya bercampur-baur selain turut dibelenggu gementar menghitung hari untuk bakal melangkah ke jinjang pelamin.

Selain itu, penyanyi berusia 38 tahun itu memberitahu dia dan bakal suami iaitu Mohd Fareez Shamsul Bahari juga berdepan dengan Dugaan demi dugaan yang menguji keutuhan cinta mereka.

“Betul kata orang, semakin dekat tarikh pernikahan, semakin banyak dugaan datang. Saya sendiri ada ketika gagal kawal perasaan kerana terlalu banyak berfikir. Perkara kecil pun boleh buat saya tertekan.

“Namun, saya sentiasa mengingatkan diri supaya bersabar dan tenang. Jika dalam hal seperti ini saya tidak mampu menangani emosi, bagaimana apabila berdepan masalah lebih besar? 

“Mungkin ini yang dikatakan dugaan sebelum mengecap bahagia,” kata Nita dipetik BH Online, hari ini.

Ditanya mengenai majlis pernikahannya, Nita berkata buat masa sekarang semuanya masih terkawal dan berharap segalanya dapat berjalan dengan lancar serta dipermudahkan.

Ujarnya lagi, dia dan Fareez menginginkan sebuah majlis perkahwinan ringkas dan berlangsung secara sederhana untuk mengelakkan pembaziran.

“Mengikut perancangan asal, kami hanya merancang dua majlis iaitu upacara pernikahan di sebuah dewandi Selayang, Selangor disusuli resepsi sebelah keluarga bakal suami di Klang selepas sambutan raya nanti.

“Memang jika ada rezeki lebih, saya mahu mengadakan satu lagi majlis resepsi untuk meraikan rakan terdekat. Tidak salah buat lebih untuk berkongsi perkara yang baik. Tetapi, ketika ini, kami memilih untuk mendahulukan apa yang wajib,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu Kusut itu.

Baca: Nita Hamzah Bakal Nikah Hujung Bulan Ini

Nita dan Fareez bertunang pada 13 Ogos tahun lepas dan pasangan ini sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Februari lalu namun terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: nita hamzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelepasan Cukai Projek Mega Diberi Sejak Era 1980-an

Next Post

Kesal Tak Tahan Baran Waktu Umrah, Waris Baiki Diri

Related Posts

“Mana Ada Seksi, Saya Masih Boleh Berfikir” – Nita

01/05/2018
0

BEKAS naib juara Malaysian Idol musim kedua, Nita Hamzah tiba-tiba menjadi perhatian apabila dikatakan berpenampilan seksi ketika majlis pernikahannya pada...

Nita Hamzah Bakal Nikah Hujung Bulan Ini

13/04/2018
0

BEKAS naib juara Malaysian Idol musim kedua, Nita Hamzah mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan jejaka pilihan, Mohd. Fareez Shamsul...

Next Post

Kesal Tak Tahan Baran Waktu Umrah, Waris Baiki Diri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd