• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen ‘Bahan’ Fesyen Neelofa Lagi…

oleh Haris
09/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP kali tibanya malam Anugerah MeleTOP Era (AME), busana yang digayakan pengacaranya Neelofa pasti akan menjadi buah mulut netizen dan sering dijadikan bahan jenaka di laman sosial Twitter.

Bagi edisi terkini anugerah yang telah masuk tahun kelima penganjurannya itu, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila gaun kembang merah yang digayakannya disamakan dengan watak Cheshire Cat daripada filem Alice’s Adventure in Wonderland.

Gaun yang dipakainya pada penghujung acara itu merupakan rekaan Fiziwoo dikatakan mempunyai belang seakan serupa dengan watak kucing dalam filem animasi antarangsa berkenaan.

Tidak terhenti di situ, busana yang digelar The Painting Dress oleh pereka sama urut menjadi mangsa netizen apabila ada yang beranggapan bahawa tudung net yang digayakan Neelofa kelihatan seperti bunga telur dan kelambu katil.

Bagaimanapun, Neelofa ketika ditemui selepas selesai anugerah tersebut mengaku tidak terkejut dengan perkara itu memandangkan dia menerima pendapat sebegitu setiap tahun.

Pada AME 2014, pakaian Neelofa dikatakan netizen seperti salah satu watak dalam filem adiwira Power Rangers manakala pada tahun berikutnya, gaun yang dipakainya dikatakan menyerupai ‘sotong’.

Malah, pada tahun lalu, Neelofa yang mengenakan kemeja-T turut mendapat kritikan netizen.

Kata Neelofa, 29, sudah dua tahun berturut-turut pakaiannya ke majlis tersebut menjadi bahan jenaka netizen dan dia sudah terbiasa dengan keadaan itu.

Fesyen Neelofa di AME2017 tahun lalu.

“Sudah dua tahun benda serupa berlaku, jadi tidak terkejut kalau berlaku lagi kali ini. Saya pun sudah terbiasa.

“Paling penting saya berpuas hati dengan pakaian yang saya pakai dan apa orang hendak cakap terpulang,” katanya memetik mStar Online.

Pada anugerah tersebut, Neelofa berjaya merangkul trofi utama iaitu anugerah Top Top MeleTOP (Wanita) selain dua lagi anugerah iaitu bagi Pelakon TV MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Sementara itu, Neelofa berkata bahawa dia tidak mengambil pusing bahan jenaka netizen itu sebaliknya bersyukur dan gembira dapat melunaskan tanggungjawab sebagai hos AME 2018 dengan baik.

“Alhamdulillah kerja keras saya membuahkan hasil dan tahun ini pun saya lebih bersedia berbanding tahun sebelum ini. Dua hari kami berlatih dan kami lebih bersedia untuk menggalas tanggungjawab itu,” ujarnya.

Bercakap mengenai kemenangan yang diraihnya, Neelofa menyifatkan perkara itu merupakan bukti sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi terhadapnya biar pun namanya terpalit dengan kontroversi baru-baru ini.

Malah, bagi Neelofa, sokongan itu menjadikan dia lebih bersemangat dalam meneruskan kariernya sebagai selebriti dan juga usahawan selepas ini.

“Dengan kecaman inilah membuatkan peminat berdiri teguh di belakang dan membawa saya kekal bersama mereka. Mereka juga terus bekerja keras demi kerjaya saya.

“Saya tak boleh menutup mulut orang daripada terus mengata. Apa yang saya boleh buat adalah kuatkan hati dan berusaha demi kerjaya seni dan perniagaan saya supaya menjadi inspirasi kepada orang lain,” tuturnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Anugerah MeleTOPNeelofa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

19 Anggota Geng 08 Ditahan, 22 Lagi Diburu

Next Post

Projek Terbengkalai Ijok: 2 Lelaki Bebas Reman

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

Next Post

Projek Terbengkalai Ijok: 2 Lelaki Bebas Reman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd