• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bankrap Jika Manifesto Pakatan Harapan Dilaksana

oleh AK-47
04/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Negara akan jatuh bankrap sekiranya manifesto Pakatan Harapan (PH) dilaksanakan kerana ia akan menambah hutang negara, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata antara janji PH ialah memansuhkan tol, menghapuskan sistem percukaian sedia ada dan kembalikan subsidi minyak. Untuk itu negara terpaksa meminjam RM400 bilion.

“Di mana mereka (pembangkang) hendak mencari sumber kewangan untuk menanggung janji-janji mereka dan ini akan menyebabkan negara berhutang dan sekiranya terjadi, dalam tempoh dua tahun negara akan bankrap.

“Janganlah kita menerima janji yang macam-macam, kerana di mana mereka hendak mendapatkan duit selepas mansuhkan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) RM42 bilion, kembali subsidi minyak RM27 bilion dan hapuskan tol sebanyak RM300 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Pelancaran Strategi Lautan Biru Kebangsaaan (NBOS) My New School dan perasmian Makmal ICT (information and communication technology) Sekolah Kebangsaan Dato Klana Putra di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza.

Mohamad turut meminta pengundi di kawasan Lenggeng untuk sekali lagi memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang agar segala dasar dan perancangan jangka panjang akan dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

Sementara itu, pada majlis berasingan, Mohamad merasmikan Rumah UMNO Lenggeng yang akan dijadikan bilik gerakan jentera pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu.

Beliau dalam ucapan ringkasnya berkata UMNO sebagai parti teras dalam BN akan terus berjuang demi memartabatkan bangsa dan tanah air. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulillah, Letaklah Jawatan” – Tok Mat

“Alhamdulillah, Letaklah Jawatan” – Tok Mat

30/06/2026
0

MUAR - "Alhamdulillah, letaklah jawatan". Demikian reaksi Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataan oleh Timbalan...

Tok Mat Turun Padang Bantu Kempen BN Johor, Suntik Semangat Jentera Parti di Muar

Tok Mat Turun Padang Bantu Kempen BN Johor, Suntik Semangat Jentera Parti di Muar

30/06/2026
0

MUAR – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan turun padang membantu calon dan jentera BN Johor di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd