• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nawawi Tak Terkejut Tun M Mahu Tanding Kerusi Langkawi

oleh AK-47
17/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad tidak terperanjat dengan keputusan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding merebut kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) Kedah juga sudah mengagak tindakan bekas perdana menteri itu yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bertanding di pulau itu.

Katanya beliau menghormati hak Dr Mahathir, 93, mahu bertanding di Langkawi selain menghormatinya sebagai orang tua dan orang yang berpengalaman dalam arena politik negara.

“Bagaimanapun, perlu ingat bahawa sentimen pengundi tidak boleh ditukar menjadi undi dan kita melihat undi berdasarkan kiraan pemilih bukan sentimen.

“Bila kita nak mengundi, kita kena fikir dan faham bahawa undi itu adalah untuk menentukan kerajaan yang akan menentukan hala tuju negara, bangsa dan agama pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nawawi, 56, memenangi kerusi Parlimen Langkawi buat pertama kalinya setelah mengalahkan calon PKR Ahmad Abdullah dengan majoriti 11,861 undi pada PRU13.

Pengerusi Sosial Media, BNBBC Parlimen Malaysia itu berkata demikian ketika mengulas pengumuman Timbalan Pengerusi PH yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai pencalonan Dr Mahathir bertanding kerusi Parlimen Langkawi atas tiket PKR pada PRU14.

Pengumuman itu, yang dibuat di Langkawi semalam, menyaksikan Dr Mahathir, 93, kembali ke kancah politik negara setelah tidak berbuat demikian pada tiga pilihan raya umum lalu. – BERNAMA

Tags: Datuk Nawawi Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Tangani Isu Sistem Tiket Dalam Talian

02/03/2017
0

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan perbincangan bagi mencari jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd