• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nawawi Sah Cabar Mahathir, Zubir Di Langkawi

oleh
29/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAH… Kerusi Parlimen Langkawi bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan gabungan pembangkang yang bertanding atas lambang PKR.

Penyandang kerusi Parlimen tersebut, Datuk Ir. Nawawi Ahmad sebagai mana dijangka dicabar oleh dua calon pembangkang iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad atas tiket PKR dan wakil daripada PAS, Zubir Ahmad.

Dalam masa sama, dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat dan Kuah turut menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan gabungan pembangkang yang terpaksa berlambang PKR.

Nawawi tiba di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi di Kuah, bersama-sama calon BN bagi kerusi Ayer Hangat serta Kuah iaitu Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid dan Nor Saidi Nanyan.

Mereka bertiga mula berada di situ pada pukul 8.50 pagi ini dengan diiringi ribuan penyokong BN berbanding pembangkang yang kelihatan agak hambar ekoran tindakan boikot akibat pencalonan Mahathir.

Bagi kerusi DUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi sebagai penyandang akan dicabar oleh Johari Bulat yang mewakili gabungan pakatan pembangkang dan Azlina Azinan dari PAS.

Kerusi DUN Kuah pula menyaksikan persaingan empat penjuru antara Nor Saidi juga sebagai penyandang dengan Mohd. Firdaus Ahmad (PKR),  Mazlan Ahmad (PAS) dan calon Bebas, Mohd. Ratu Mansor.

Selain itu, dengan kembalinya Mahathir ke gelanggang pilihan raya selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri lebih dua dekad lalu telah menjadikan beliau calon tertua dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Pengerusi gabungan pembangkang itu berusia 93 tahun sekali gus mengatasi rekod diktator Zimbabwe, Robert Mugabe yang juga sama usia tetapi berjaya digulingkan tentera secara aman akhir tahun lalu.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Langkawi, Muhamad Arof Darus mengumumkan tempoh pencalonan tamat jam 10 pagi sebelum membuat pengumuman senarai calon yang bertanding pada pukul 11.45 pagi.

Pada PRU ke-13, Nawawi menewaskan calon PKR, Ahmad Abdullah dan Marina Hussein (bebas) dengan majoriti besar sebanyak 11,861 undi. Mohd. Rawi dan Nor Saidi masing-masing turut mencapai kemenangan bergaya.

Mereka berjaya menewaskan calon PAS, Zubir Ahmad (Ayer Hangat) dan PKR, Datuk Ahmad Kasim selain calon Bebas, Zaflee Pakwanteh (Kuah) dengan majoriti lebih 5,000. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Fakta:

Parlimen Langkawi
Datuk Ir. Nawawi Ahmad (BN)
Tun Dr. Mahathir Mohamad (Gabungan pembangkang PKR)
Zubir Ahmad (PAS)

Penyandang: Datuk Ir. Nawawi Ahmad
Majoriti: 11,861

Dewan Undangan Negeri (DUN)
Ayer Hangat
Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid (BN)
Johari Bulat (PKR)
Azalina Azizan (PAS)

Penyandang: Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid (BN)
Majoriti: 5,311

Kuah
Nor Saidi Nanyan (BN)
Mazlan Ahmad (PAS)
Mohd. Firdaus Ahmad (PKR)
Mohd. Ratu Mansor (Bebas)

Penyandang: Nor Saidi Nanyan (BN)
Majoriti: 6,371

Tags: LangkawiNawawi Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd