• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Namakan Calon Menteri, DAP Tunjuk Sikap Dominan

oleh Ahmad Albab
20/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Tindakan DAP yang menamakan dua calonnya untuk dilantik sebagai menteri jika Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) jelas menunjukkan sikap dominan parti itu, kata Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.

Beliau berkata PAS telah melalui pengalaman cukup berharga dengan DAP semasa berada dalam Pakatan Rakyat pada masa itu kerana sering kali diketepikan apabila membabitkan keputusan penting termasuk tidak dimaklumkan langsung mengenai ‘Langkah Kajang’ semasa pilihan raya kecil kawasan itu pada 2014.

“Dalam tahaluf siyasi, masyarakat kita tidak sentuh hal-hal berkaitan hak agama Islam tetapi DAP menunjukkan sikap menentang. Lagi pula mereka yang putuskan hubungan dengan presiden kita (Datuk Seri Abdul Hadi Awang),” katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman calon-calon PAS/Gagasan Sejahtera Perlis di sini, malam tadi.

Gagasan Sejahtera ialah gabungan parti-parti pembangkang terdiri daripada PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pada itu, Hashim berkata matlamat PAS memenangi 40 kerusi adalah untuk menjadi ‘king maker.’ Parti itu bertanding di 126 kerusi Parlimen pada PRU14 ini.

Pesuruhjaya PAS Perlis Shukri Ramli pula berkata calon bagi kerusi Parlimen Arau akan diumumkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat.

PAS akan bertanding di semua tiga kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, dengan hampir 40 peratus adalah muka baharu, dua daripada mereka berumur di bawah 40 tahun.

PAS hanya memperoleh satu kerusi DUN di Perlis sebelum pembubaran Parlimen. – BERNAMA

Tags: DAPPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd