• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyPPP Pecat Kayveas Berikutan Surat Ku Nan

oleh AK-47
25/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MyPPP telah memecat Tan Sri M. Kayveas sebagai ahli parti berikutan sepucuk surat daripada Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengarahkan agar tindakan tatatertib dikenakan ke atasnya.

Setiausaha Agung MyPPP, Datuk Mohan Kandasamy berkata, jawatankuasa kerja pusat parti itu membuat keputusan sebulat suara untuk melucutkan semua jawatan Kayveas dalam parti itu, dua hari selepas beliau melatakkan jawatan sebagai ketua parti.

Naib Presiden, Datuk Maglin Dennis D’cruz akan mengambil alih sebagai pemangku presiden, umum Mohan, hari ini.

Beliau juga berkata bahawa MyPPP telah memulakan tindakan terhadap Kayveas sebelum mereka menerima notis rasmi mengenai peletakan jawatannya daripada parti itu.

“Kami hanya tahu mengenai surat itu selepas mesyuarat CWC kami,” kata Mohan.

Surat dari Ku Nan semalam meminta parti itu mempertimbangkan tindakan disiplin terhadap Kayveas.

“Surat itu juga seolah-olah memberi bayangan bahawa kami mungkin diminta untuk meninggalkan BN jika tiada tindakan diambil,” terang ketua pegawai maklumat parti, Simon Suresh.

Surat itu tiba beberapa hari selepas Kayveas mengugut untuk membawa MyPPP keluar dari BN selepas MIC diberikan kerusi Cameron Highlands, yang diidamkan olehnya.

Semalam, MIC juga diberikan kerusi DUN Buntong di Perak, walaupun MyPPP turut mengintai kerusi itu.

Mohan berkata tindakan itu dilaksanakan setelah Kayveas bertindak secara unilateral dalam perkara-perkara mengenai peruntukan kerusi untuk PRU14, sekaligus melanggar perlembagaan parti.

“Beliau telah menulis surat kepada Perdana Menteri mengatakan dia sanggup melepaskan semua kerusi yang dipertandingkan MyPPP sebagai ‘ganti’ untuk Cameron Highlands, tanpa persetujuan majlis tertinggi,” katanya.

Mohan berkata beliau juga tidak pernah memberi kebenaran kepada Kayveas untuk memulakan sebarang kerja berkaitan pencalonan di Cameron Highlands.

“Saya tidak pernah memberinya izin. Tetapi dia pergi dan mulakan kempennya sendiri. Kini, sumber dana dan wang milik parti telah dibelanjakan di kawasan ini,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda MIC C. Sivaraajh akan bertanding di Cameron Highlands. – MYNEWSHUB.CC

Tags: M. KayveasMICmyPPP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

21/12/2025
0

BUTTERWORTH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada MIC untuk membuat ketetapan pendirian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd