• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Saran Tubuh SRS Di Setiap KRT N.Sembilan

oleh AK-47
04/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kawasan Rukun Tertangga (KRT) di Negeri Sembilan yang masih belum menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) disarankan berbuat demikian bagi memastikan keamanan di kawasan mereka terjaga.

Menyarankan demikian, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata setakat ini terdapat lebih 300 KRT di negeri ini dan hanya suku daripadanya yang mempunyai SRS yang berperanan untuk melakukan rondaan.

“Kadang-kadang KRT ini ada yang pada nama sahaja tapi langsung tidak bergerak.

“Saya mahu semua KRT di negeri ini tubuh SRS, jika memerlukan keperluan seperti lampu suluh dan tongkat beritahu, tidak menjadi masalah,” katanya ketika berucap merasmikan Kempen Cegah Jenayah dan Gimik PDRM Bersama KRT Taman Sendayan Indah di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri, SAC Datuk Muhamad Zaki Harun dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integerasi Nasional negeri Salasiah Hashim.

Mohamad berkata tanggungjawab keselamatan tidak boleh diletakkan di bahu pihak berkuasa sahaja malah harus dibantu oleh masyarakat.

“Kita mesti sama-sama memainkan peranan menjaga keselamatan kita, kalau setiap rumah polis harus menjaga, memang tidak terdaya,” katanya.

Beliau berkata bagi penjawat awam di negeri ini yang menyertai skim tersebut, mereka diberi kelonggaran untuk hadir lewat ke tempat kerja.

“Diperingkat Negeri Sembilan, siapa-siapa penjawat awam yang mengambil bahagian dalam SRS, kita beri kelonggaran; boleh datang kerja pada tengah hari.

“Kita tahu mereka tidak tidur sampai pukul 3 pagi, (jadi) boleh datang separuh hari selepas mereka cukup tidur, kerana yang penting bagi kita ialah keselamatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulillah, Letaklah Jawatan” – Tok Mat

“Alhamdulillah, Letaklah Jawatan” – Tok Mat

30/06/2026
0

MUAR - "Alhamdulillah, letaklah jawatan". Demikian reaksi Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataan oleh Timbalan...

Tok Mat Turun Padang Bantu Kempen BN Johor, Suntik Semangat Jentera Parti di Muar

Tok Mat Turun Padang Bantu Kempen BN Johor, Suntik Semangat Jentera Parti di Muar

30/06/2026
0

MUAR – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan turun padang membantu calon dan jentera BN Johor di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd