• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Kesal Guna Kereta Rasmi Lawat Studio Yoga

oleh AK-47
25/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Seorang menteri di Jepun meminta maaf kerana menggunakan kereta rasmi untuk melawat studio yoga, tetapi menafikan dakwaan kemudahan itu menawarkan ‘yoga peribadi seksi’.

Perbalahan terbaharu itu menggegarkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Shinzo Abe, yang sudah pun berdepan kecaman selepas dua skandal kronisme dan dakwaan gangguan seksual ke atas birokrat Kementerian Kewangan.

Majalah Shukan Bunshun, hari ini melaporkan Menteri Pendidikan, Yoshimasa Hayashi, melawat studio yoga di daerah Ebisu di sini dengan menggunakan sebuah kereta rasmi kerajaan dan mengambil kelas peribadi di situ.

“Saya meminta maaf kerana mencetuskan kekeliruan di tengah-tengah keadaan tegang di Parlimen.

“Ketika kerajaan berhadapan kritikan teruk, saya akan berkhidmat kepada awam dengan cara lebih berdisiplin,” katanya, merujuk kepada pelbagai skandal membabitkan Kabinet beberapa minggu ini.

Kata Hayashi, beliau sepatutnya meletakkan sempadan antara umum dan persendirian, walaupun dalam kes ini ia sebenarnya memang tidak menyalahi peraturan.

Untuk rekod menteri di Jepun malahan dibenarkan menggunakan kenderaan kerajaan untuk tujuan peribadi yang dilakukan dalam masa urusan awam.

Majalah itu menggambarkan studio berkenaan sebagai ‘yoga peribadi seksi’ dikendalikan bekas aktres lucah yang menawarkan kelas persendirian dan urutan minyak.

Namun Hayashi berkata, beliau cuma mengikuti sesi kelas yoga biasa dan berurut dengan tekanan jari untuk kesihatan lebih baik. – AFP

*Video sekadar hiasan…

Tags: Menteri Pendidikan jepunyoga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lompat Kawasan Petanda PH Tidak Yakin

Next Post

Isu Gambar Ira Bercium, Kazar Tampil Beri Penjelasan

Related Posts

Video Bayi Dilambung Bangkit Kemarahan Netizen

04/02/2019
0

VIDEO seorang bayi yang dilambung dengan memegang kakinya dalam satu persembahan jalanan di Kuala Lumpur, membangkitkan kemarahan di media sosial....

Lebih 2,000 Peminat Yoga Berhimpun Di Dataran Merdeka

02/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Lebih 2,000 peminat yoga daripada semua lapisan masyarakat dijangka berhimpun di Dataran Merdeka pada Jumaat ini bersempena...

Next Post

Isu Gambar Ira Bercium, Kazar Tampil Beri Penjelasan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd