• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengundi Pada Hari Bekerja, Mahathir Dulu Boleh Jer…

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN bagi generasi hari ini, tidak ramai tahu bahawa ada beberapa kali Pilihan Raya Umum (PRU) sebenarnya pernah diadakan pada hari bekerja dan bukan jatuh ketika hujung minggu.

Paling dekat berlaku ketika di era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyaksikan tarikh pengundian jatuh bukan sahaja pada hari bekerja, malah ia dilakukan sebanyak dua kali dalam musim PRU yang berbeza.

Ya, ini bukan perkara baharu dalam politik bahkan proses PRU tetap berlangsung dengan adil dan menyaksikan ada beberapa buah negeri pernah jatuh ke tangan pembangkang biarpun hari pengundian diadakan pada hari bekerja.

Jadi, eloklah kita mengimbas kembali sejarah PRU yang lalu di mana ia bukan sekadar untuk bernostalgia tetapi sebagai bukti kesungguhan kita sebagai warganegara yang cakna dalam melaksanakan tanggungjawab demokrasi.

Dalam PRU kesembilan yang diadakan pada 1995, tarikh pembubaran parlimen ialah pada 6 April dan penamaan calon pula ialah 15 April, manakala hari pengundian pula ditetapkan pada 25 April, iaitu pada hari Selasa.

Empat tahun berikutanya iaitu pada PRU ke-10, tarikh pembubaran parlimen ialah 10 November 1999 dan penamaan calon pula pada 20 November, manakala hari pengundian jatuh pada 29 November, iaitu hari Isnin.

Ini bermakna tarikh pembuangan undi pada 1995 dan 1999 (baca: kira-kira 10 hari menjelang Ramadan al-Mubarak) telah ditetapkan pada hari bekerja dan ia dilakukan secara berturut-turut selama hampir dua penggal.

Pada ketika itu negara masih di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Mahathir. Tiada siapa pun yang cuba bising kecoh macam dunia hendak kiamat esok hari apatah lagi mempertikaikan tarikh tersebut.

Untuk lebih jelas, boleh rujuk secara terperinci jadual pecahan di bawah yang memaparkan fakta berkenaan tarikh pembubaran Parlimen, penamaan calon dan hari pengundian di bawah pentadbiran tiga perdana menteri berbeza:

Pun begitu, puak antikerajaan khususnya portal pro-pembangkang mula memainkan isu berkenaan hari pengundian jatuh pada Rabu, 9 Mei depan konon tarikh itu bakal menimbulkan masalah pengundi yang ingin balik kampung.

Perkara tersebut turut disokong kuat beberapa ahli politik pembangkang dan segelintir warga maya yang mempersoalkan kredibiliti dan rasional Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pada hari Rabu.

Walhal secara logiknya apabila SPR umum sesuatu tarikh, maka secara automatik, pihak majikan akan memberi pelepasan untuk pekerja melaksanakan amanah masing-masing, selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dalam akta itu, setiap majikan hendaklah membenarkan suatu tempoh munasabah bagi setiap pemilih untuk mengundi dan tidak boleh membuat potongan gaji atau saraan lain, atau mengena dan menuntut sebarang penalti kerana tidak hadir bekerja dalam tempoh itu.

Justeru, mana-mana majikan tidak boleh menyekat hak rakyat Malaysia yang ingin menunaikan kewajipan untuk membuang undi dan sekiranya ingkar pasti dikenakan tindakan, kerana hari mengundi adalah wajib disertai selari dengan prinsip demokrasi dalam negara.

Selain itu, tarikh 9 Mei dipilih mungkin disebabkan faktor cuti hujung minggu yang tidak seragam seperti di negeri-negeri yang berada dalam kumpulan A iaitu Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Buat negeri di kumpulan B pula pastinya tiada masalah, namun demi memberikan kelinciran dan keseragaman, adalah lebih efisyen jika seluruh rakyat Malaysia dapat mengkhususkan pada satu hari bekerja sahaja, yang mana ia secara tidak langsung akan menjadikan proses pembuangan undi tampak lebih adil. – MYNEWSHUB.CC

Tags: politikPRU-14SPR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd