• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengundi Hari Bekerja Bukan Perkara Baharu

oleh Ahmad Albab
12/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyambut baik keputusan kerajaan mengisytiharkan 9 Mei, iaitu hari mengundi bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), sebagai hari kelepasan am tambahan bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam satu kenyataan hari ini menegaskan pelaksanaan pilihan raya pada tarikh berkenaan, yang jatuh pada hari Rabu dan hari bekerja, bukanlah sesuatu yang baharu.

Menurutnya, rekod PRU sebelum ini menunjukkan bahawa ia telah beberapa kali diadakan pada hari bekerja iaitu pada PRU1 (1959), PRU6 (1982), PRU9 (1995) dan PRU10 (1999).

“Maka dengan pengumuman cuti umum ini ia sewajarnya tidak dijadikan isu,” katanya.

SPR telah menetapkan hari pengundian bagi PRU14 ialah pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal ialah 5 Mei.

Mohd Hashim berkata pemakluman awal berkenaan tarikh PRU14 itu juga membolehkan para pengundi mempunyai masa yang secukupnya untuk merancang perjalanan.

Sejajar dengan pengumuman cuti oleh kerajaan itu, Mohd Hashim mengingatkan majikan yang masih meneruskan operasi pada hari mengundi, bahawa mereka dikehendaki memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi yang bekerja untuk keluar mengundi.

Beliau memetik peruntukan Subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“25 (1) Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu.”

Menurutnya, majikan yang tidak membenarkan pekerjanya yang menjadi pemilih untuk keluar mengundi boleh didenda RM5,000 atau satu tahun penjara seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dalam pada itu, Mohd Hashim turut menyeru serta menggalakkan pihak majikan untuk menggunakan budi bicara bagi memberikan cuti khas atau pelepasan sewajarnya kepada pekerja mereka yang dilantik sebagai petugas PRU14. – BERNAMA

Tags: pengundiSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd