• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menang Tanpa Bertanding, ‘Langkah Kanan’ Buat BN

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan memulakan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan langkah kanan apabila pemimpin utamanya memperoleh kemenangan susulan masalah teknikal pihak pencabarnya.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan diisytiharkan menang tanpa bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Amino Agos Suyub di pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau di sini.

Ini sekali gus menjadikan Mohamad yang juga Pengerusi BN negeri dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan individu tunggal yang menang tanpa bertanding pada PRU14 setakat ini.

Mohamad memperoleh kemenangan ekoran calon PKR, Dr S. Streram, tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas gagal membawa pas calon seperti yang disyaratkan Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon.

Selain Dr Streram, kedua-dua penyokong dan pencadangnya juga tidak dapat memasuki perkarangan dewan itu kerana tidak mempunyai pas perakuan daripada SPR.

Kemenangan itu membolehkan Mohamad mempertahankan kerusi DUN Rantau yang mempunyai pemilih berdaftar seramai 20,472 orang bagi penggal keempat sejak 2004.

Negeri Sembilan, yang mempunyai lapan kerusi Parlimen, menyaksikan tujuh daripadanya – Jelebu, Jempol, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Port Dickson (nama asal Telok Kemang) dan Tampin – berdepan pertandingan tiga penjuru membabitkan BN, PKR – Amanah, PKR, DAP, PPBM – dan PAS pada PRU14.

Satu lagi kerusi iaitu Parlimen Rasah menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan BN, PAS, PAP dan PKR-DAP.

Menteri Belia dan Sukan yang juga Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin akan ditentang dua calon daripada PKR dan PAS di kerusi Parlimen Rembau manakala penasihat politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shaziman Abu Mansor akan dicabar dua calon daripada PKR-Amanah dan PAS di Tampin.

Di Parlimen Kuala Pilah, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek pula ditentang PKR-PPBM dan PAS manakala Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon akan berdepan penyandang kerusi Loke Siew Fook daripada PKR-DAP dan PAS di kerusi Parlimen Seremban.

Bagi kerusi DUN pula, sebanyak 28 kerusi menyaksikan pertandingan tiga penjuru, tiga kerusi lagi berdepan empat penjuru termasuk kerusi yang ditandingi personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat, 41, di DUN Sikamat.

Syamsul Amri yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban akan dicabar oleh Aminuddin Harun daripada PKR, yang merupakan penyandang kerusi itu selama dua penggal sejak 2008, Rahim Yusof daripada PAS dan seorang calon Bebas, Bujang Abu.

Selain itu, sebanyak empat kerusi – Chuah, Lukut, Bagan Pinang dan Bukit Kepayang – pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu.

Negeri Sembilan mempunyai 607,793 pemilih berdaftar sehingga Suku Tahun Keempat 2017 yang diwartakan pada 10 April lepas.

Parlimen Seremban merekodkan jumlah pengundi tertinggi iaitu seramai 110,168 orang diikuti Rasah (102,838), Rembau (88,365), Port Dickson (sebelum ini dikenali sebagai Parlimen Telok Kemang) (75,212), Jempol (72,122), Tampin (60,765), Kuala Pilah (49,801) dan Jelebu (48,522). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd