• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Pahang Pertaruh 10 Muka Baharu PRU14

oleh AK-47
26/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – MCA Pahang melakukan transformasi besar-besaran bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini apabila mengemukakan 10 muka baharu daripada 11 kerusi yang ditandingi mereka.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bentong, berkata lima daripada muka baharu itu juga merupakan orang muda berusia bawah 40 tahun yang berpotensi menarik sokongan pengundi.

“MCA memberi peluang kepada 10 calon baharu dan muda kerana yakin dengan kemampuan mereka menjadi pemimpin dan wakil rakyat, sekali gus menerajui parti suatu hari nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman dan Penyerahan Watikah kepada Calon-calon BN Pahang bagi PRU14 oleh Pengerusi BN negeri Datuk Seri Adnan Yaakob, di sini hari ini.

Liow berkata MCA Pahang diperuntukkan tiga kerusi Parlimen dan lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Antara muka baharu yang ditampilkan MCA Pahang ialah Naib Presiden parti Datin Paduka Chew Mei Fun yang akan bertanding di kerusi Parlimen Raub.

Sekalipun bukan benar-benar ‘muka baharu’ dalam konteks PRU, bekas Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal itu menyifatkan pencalonannya untuk kerusi Parlimen Raub bagai sirih pulang ke gagang.

Ini kerana kata beliau karier politiknya mula ‘mekar’ di kawasan parlimen itu selepas beliau menyertai MCA sebagai beliawanis di Raub dan berkhidmat sebagai setiausaha sulit bekas Anggota Parlimen Raub Datuk Teng Gaik Kwan pada 1995.

Chew berkata beliau juga sudah memahami masalah yang dihadapi oleh penduduk di Raub selepas mendekati mereka sejak 2014.

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu turut yakin dapat merampas semula kerusi parlimen berkenaan yang mempunyai kira-kira 57,000 pengundi dengan 52 peratus daripadanya adalah Melayu, 38 peratus lagi Cina dan selebihnya lain-lain.

Menurutnya berdasarkan pemerhatian beliau, pengundi dapat membezakan keadaan semasa mereka di bawah BN dan DAP.

“Banyak perbezaan, kerana sebelum ini (Tan Sri) Ng Yen Yen (bekas Anggota Parlimen Raub dan Ketua Wanita MCA) telah memberi perkhidmatan sempurna dan mewujudkan banyak pembangunan di sana,” kata Chew.

Kerusi Parlimen Raub kini disandang DAP menerusi Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang menewaskan calon BN Datuk Hoh Khai Mun dengan kelebihan 2,814 undi pada PRU13. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiMCA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Autoshow 2018 Pamer 100 Model Kenderaan

Next Post

Kampung Numbak Diwarta Tapak Kediaman Penduduk

Related Posts

PRK Dun Sungai Bakap: MCA Sedia Bantu Kempen

PRK Dun Sungai Bakap: MCA Sedia Bantu Kempen

08/06/2024
0

Johor Bahru : MCA tidak menolak untuk membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan yang akan diturunkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Selepas MCA, MIC Pula Umum Tak Bertanding PRN

Selepas MCA, MIC Pula Umum Tak Bertanding PRN

05/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Selepas MCA, kini MIC turut mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan...

Next Post

Kampung Numbak Diwarta Tapak Kediaman Penduduk

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd