Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

Jentera BN Di Permatang...

BUKIT MERTAJAM - Jentera Barisan Nasional (BN) sudah sedia untuk menghadapi pilihan raya...

Video: Pelajar Perempuan ‘Dihentak’...

VIDEO memaparkan seorang pelajar perempuan dihentak pegawai polis di sekolah kini menjadi viral...

Harga Petrol RON97 Naik...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 5 sen seliter daripada...

36 Rumah Ditenggelami Air...

IPOH - Sebanyak 36 buah rumah di Trolak Pekan dekat sini, ditenggelami air...

Manifesto MIC Jamin Kesejahteraan Kaum India

KUALA LUMPUR – Berikut Manifesto MIC bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU):

Tonggak A: Memenuhi Keperluan Asas Rumah Mampu Milik bagi Masyarakat India.

* Meningkatkan penyertaan dalam program MyDeposit serta meningkatkan pemilikan rumah menerusi skim-skim seperti Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Skim Pinjaman Perumahan (SPP), MyFirstHome, Projek Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Transit 1Malaysia, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Rumah Wilayah Persekutuan (Rumah WIP), dan Skim Pinjaman Khas untuk Golongan B40.

* Memastikan semua isi rumah India B40 di bawah garis kemiskinan didaftarkan dalam pangkalan data e-Kasih.

* Program Bantuan Makanan di bawah MyKasih untuk meningkatkan akses keluarga miskin tegar kepada barangan makanan keperluan asas setiap bulan.

* Program pemerkasaan golongan wanita terutamanya ibu tunggal, sebagai satu kesinambungan kepada program yang dibiayai oleh Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC).

* Menjamin transformasi holistik dan melaksanakan program pemulihan keluarga India bagi keluarga yang bermasalah terutama di kawasan yang mempunyai kepadatan masyarakat yang tinggi.

Tonggak B: Merealisasikan Potensi Setiap Kanak-Kanak.

* Pendidikan Prasekolah Percuma bagi kanak-kanak masyarakat India dalam lima tahun.

* Memelihara pendidikan Tamil dan meneruskan usaha pemodenan semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Malaysia.

* Memastikan peluang pengajian tinggi bagi pelajar India Malaysia yang berkelayakan dan meningkatkan peratusan pengambilan pelajar India ke Institusi Pegajian Tinggi Awam (IPTA) kepada sekurang-kurangnya 7 peratus.

* Meningkatkan bilangan tawaran program matrikulasi daripada 1,500 kepada 2,200 tempat untuk pelajar India Malaysia.

* Meningkatkan penyertaan belia berisiko tinggi dan golongan tercicir sekolah dalam program pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET).

* Memelihara Pendidikan Tamil dan usaha Pemodenan Semua SJKT di Malaysia.

Tonggak C: Meningkatkan Pendapatan dan Kekayaan.

* Program Pembangunan Kapasiti untuk melatih 45,000 usahawan India termasuk golongan ibu tunggal dan B40.


* Latihan dalam sektor digital dan e-usahawan yang akan memberi manfaat kepada 2,500 usahawan India serta menyediakan latihan dalam sektor pertanian untuk memberi manfaat kepada 5,000 usahawan India.

* Berusaha ke arah mewujudkan Bank Koperasi Masyarakat India untuk membantu usahawan India memperolehi pembiayaan kewangan bagi membangunkan perniagaan mereka.

* Memastikan sekurang-kurangnya 10 peratus syarikat milik India terlibat dalam Program Pembangunan Vendor di bawah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) naungan Kementerian Kewangan.

* 1.5 billion unit tambahan di bawah Amanah Saham 1Malaysia telah dilancar pada Januari 2018 untuk langganan masyarakat India sehingga had maksimum 30,000 unit setiap pelabur. Skim pinjaman tanpa faedah sebanyak RM5,000 bagi menggalakkan pelaburan dalam AS1M oleh 100,000 keluarga B40 yang layak.

* Meningkatkan pengambilan masyarakat India dalam Perkhidmatan Awam dengan memastikan sekurang-kurangnya 7 peratus pengambilan dalam perkhidmatan awam dan 7 peratus dalam GLC. Usaha diambil dengan bekerja dengan agensi yang berkaitan untuk merekrut lebih ramai orang India ke dalam agensi-agensi penting kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tonggak D: Peningkatan Penyertaan Sosial.

* Menjamin amalan keagamaan disokong dan dilindungi.

* Mentransformasi kuil dan rumah ibadat sebagai Pusat Komuniti untuk pelaksanaan program pembangunan kapasiti bagi golongan B40 India. 50 pusat komuniti akan ditubuhkan.

* 25 Dewan Komuniti India akan dibina berdasarkan keperluan di kawasan yang mempunyai kepadatan masyarakat India yang tinggi di seluruh negara untuk kegunaan komunti bagi pelbagai upacara kebudayaan dan keagamaan.

* 25 Krematorium akan dibina berdasarkan keperluan di kawasan yang mempunyai kepadatan masyarakat India yang tinggi di seluruh negara.

* Mewujudkan ‘Half Way Home’ (rumah transit) di kawasan B40 India untuk meningkatkan pencapaian akademik dan penglibatan sosial golongan ini.

* Berusaha ke arah mewujudkan pendidikan keagamaan bagi yang bukan beragama Islam dalam kurikulum kebangsaan di peringkat sekolah rendah dan menengah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MIC

Kategori