• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto BN Sempurna Untuk Sabah, Sarawak

oleh Ahmad Albab
09/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA MARUDU – Manifesto Barisan Nasional (BN) mempunyai pengisian cukup sempurna, menggariskan akur janji yang begitu komprehensif, inklusif serta berpandangan jauh, khususnya bagi rakyat Sabah dan Sarawak.

Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr. Maximus Onglili berkata beliau yakin manifesto BN yang diumumkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas, akan membawa negara ini melintasi Wawasan 2020 sebagai negara maju.

“Akur janji untuk negeri Sabah dan Sarawak secara terperinci amat meyakinkan bahawa kepimpinan BN akan terus membangun dan membawa negeri Sabah dan Sarawak maju seiring dengan semenanjung Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis santai pemimpin bersama rakyat Pusat Daerah Mengundi Goshen di sini malam tadi.

Maximus, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, rakyat Sabah sudah tentu menghargai keterbukaan kepimpinan pusat mengembalikan kuasa mengurus dan mentadbir perihal elektrik dan gas kepada negeri ini semula selepas 35 tahun.

“Beberapa akur janji lagi untuk Sabah dan Sarawak membuktikan keperihatinan pucuk pimpinan, seperti penyediaan peruntukan khas untuk usahawan, pelbagai bantuan lain dan peruntukan pembangunan serta penambahbaikan kemudahan,” katanya.

Maximus yakin bahawa akur janji seperti ini akan memikat hati rakyat Sabah dan Sarawak dan memastikan mereka akan terus menyokong BN sebagai benteng memperjuangkan masa depan negara. – BERNAMA

Tags: Manifesto BNMaximus Ongkili
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

08/11/2022
0

BAGAN DATUK : Menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat serta mewujudkan semula kestabilan politik negara adalah dua unsur utama...

Manifesto BN Bukan Gula-Gula Kepada Rakyat: Tok Mat

Manifesto BN Bukan Gula-Gula Kepada Rakyat: Tok Mat

08/11/2022
0

SEREMBAN - Manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan gula-gula kepada rakyat tetapi merupakan perancangan dan daya usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd