• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto BN Beri Tumpuan Semua Golongan

oleh Ahmad Albab
08/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi disifatkan yang terbaik pernah dijanjikan parti itu pada pilihan raya umum yang diadakan selama ini.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merupakan manifesto yang inklusif bukan sahaja mengambil kira kepentingan kaum Melayu, tetapi juga kaum-kaum lain di negara ini termasuk masyarakat Orang Asli dengan peruntukan tambahan untuk memperbaiki kediaman mereka.

“Perhatian juga terus diberikan kepada masyarakat di luar bandar dan kerajaan berjanji untuk menyelesaikan sepenuh masalah bekalan air dan elektrik di kawasan-kawasan pendalaman menjelang tahun 2020.

“Begitu juga dengan akujanji untuk perdana menteri untuk menambah peruntukan bagi perumahan generasi kedua Felda, ia menunjukkan usaha serius kerajaan mengatasi masalah perumahan untuk golongan itu di negara ini,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Jentera BN P90 Parlimen Bera di Kompleks Rakan Muda, di sini hari ini yang dihadiri oleh lebih 2,000 jentera terdiri daripada pelbagai parti komponen BN.

Turut hadir Pengerusi MIC Pahang, Datuk R Goonasekaran; Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Mohd Fadil Osman, dan ADUN Guai, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman.

Katanya menerusi 14 teras dan 364 inisiatif yang digariskan itu, rakyat di Sabah dan Sarawak juga tidak ketinggalan menerima manfaat melalui usaha kerajaan mempertingkatkan tahap pendidikan di dua negeri itu serta langkah penyeragaman harga barangan tertentu dengan Semenanjung Malaysia.

“Kita boleh berjanjii kerana manifesto PRU13, sebanyak 99.4 peratus kita telah laksanakan dan setiap yang kita janjikan ini berbeza dengan pembangkang yang hanya tahu berjanji tetapi tidak dapat melaksanakannya.

“Contohnya pada PRU lalu, pembangkang menjanjikan untuk membina rumah kos rendah di Pulau Pinang, namun apa yang terjadi? Yang mereka bina hanyalah rumah yang berharga RM500,000 ke atas. Mereka juga berjanji untuk menghapuskan tol, tetapi sampai sekarang tidak juga melaksanakannya.

“Di Selangor pula, isu air pun mereka tidak berjaya selesaikannya, bak kata perdana menteri, rakyat bagi undi, tetapi PKR balas dengan baldi untuk tadah air dekat lori,” katanya.

Sehubungan itu Ismail Sabri menyeru rakyat supaya menggunakan hak mereka sebaiknya pada PRU14 nanti agar agenda pembangunan dan tranformasi negara yang telah direncanakan oleh kerajaan selama ini dapat terus dilaksnakan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobManifesto BN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

08/11/2022
0

BAGAN DATUK : Menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat serta mewujudkan semula kestabilan politik negara adalah dua unsur utama...

Manifesto BN Bukan Gula-Gula Kepada Rakyat: Tok Mat

Manifesto BN Bukan Gula-Gula Kepada Rakyat: Tok Mat

08/11/2022
0

SEREMBAN - Manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan gula-gula kepada rakyat tetapi merupakan perancangan dan daya usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd