• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tidak Akan Muflis, Kata KSU Perbendaharaan

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SARIKEI – Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini sekali lagi menolak dakwaan bahawa Malaysia akan menjadi negara muflis tidak lama lagi.

“Ini tidak benar sama sekali dan ia merupakan perbuatan beberapa orang yang tidak beretika, yang menyiarkan berita tidak benar melalui Internet.

“Sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang bertanggungjawab bagi pengurusan kewangan negara, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Malaysia berada di landasan ekonomi yang amat kukuh,” katanya pada majlis perasmian festival NBOS pertama Sarawak, yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Beliau berkata, tahun lepas, Malaysia mencatat kadar pertumbuhan 5.9 peratus dan tahun ini kadarnya dijangka meningkat kepada enam peratus.

Menurut beliau, satu lagi bukti jelas ialah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan meningkatkan jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pelbagai kategori.

Katanya, perdana menteri memutuskan bahawa selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kumpulan yang menerima bayaran BR1M sebanyak RM400 akan ditambah kelayakan mereka untuk menerima RM800 bagi bayaran pada Jun dan Ogos.

Mereka yang memperoleh pendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah akan mendapat RM2,000, katanya.

Mohd Irwan berkata mereka dalam kumpulan pendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 sebulan pula akan menerima RM1,500.

“Kemudian, kita ada kategori baharu melibatkan mereka yang berpendapatan antara RM4,000 dan RM5,000, yang akan menerima bayaran BR1M sebanyak RM700,” katanya.

Menurut Mohd Irwan, tahun lepas, Malaysia menerima pelaburan asing berjumlah RM39.2 bilion.

“Semua ini menunjukkan bahawa ekonomi negara ini sangat kukuh dan bukan seperti yang disangka kumpulan manusia seperti itu,” katanya.

Beliau juga berkata Sarawak berada dalam keadaan amat baik dan berkembang dengan pesat. – BERNAMA

Tags: muflis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Tidak Selamat Jika Hindraf Calon PRU

Next Post

Tak Sengaja Wanita Tembak Rakan Ketika FB Live

Related Posts

Ops Sky: Ramai Penjawat Awam Bakal Berstatus Muflis – KP MDI

Ops Sky: Ramai Penjawat Awam Bakal Berstatus Muflis – KP MDI

08/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Lebih ramai penjawat awam bakal tersenarai dalam status bankrap selepas satu sindiket perundingan kewangan ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

29/08/2024
0

Keluarga mangsa pembunuhan Altantuya Shaariibuu memfailkan permohonan supaya mahkamah mengisytiharkan Abdul Razak Baginda sebagai muflis selepas dia gagal membayar RM9.2...

Next Post

Tak Sengaja Wanita Tembak Rakan Ketika FB Live

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd