• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Negara Korup? Cuba Baca Fakta Ini!

oleh
03/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISU persepsi ‘panas’ konon Malaysia antara negara paling korup seperti sering dimomok pemimpin top dog Pakatan Harapan (PH) dan disebarkan jentera media mereka bukan perkara baharu.

Namun hasil dapatan kajian mengenai isu ini menunjukkan situasi yang berbeza setelah merujuk kepada laporan badan pemantau antarabangsa Transparency International (TI) selain pelbagai sumber media antarabangsa.

Senarai berikut adalah ranking dan skor terbaharu yang diterbitkan oleh pihak TI. Angka dalam ( ) ialah ranking di peringkat dunia daripada 180 negara dan angka selepas nama negara itu ialah skor diperoleh oleh negara tersebut.

Cara bacaannya mudah iaitu skor yang tinggi menggambarkan kurang korupsi dan begitulah jika sebaliknya. Pada tahun 2017, kedudukan indeks Malaysia ialah yang ke-62 daripada 180 buah negara dengan memperoleh skor 47.

Di peringkat benua Asia pula, Malaysia menduduki tempat ke-11 sebagai negara tidak korup. Ini berita amat baik tetapi cuba dinafikan PH yang hingga kini tidak diiktiraf Jabatan Pendaftaran Pertubuhan sebagai organisasi sah.

Baca: Indeks Rasuah Naik Sebab Banyak Kes Korupsi PH

Indeks 6 negara Muslim paling TIDAK korup pada tahun 2017:
(21) UAE 75
(29) Qatar 63
(32) Brunei 62
(54) Mauritius 50
(57) Jordan 48
(62) Malaysia 47
(81) Turki 40
(85) Kuwait 39
(96) Indonesia 37

Malaysia mengatasi Turki, Kuwait dan Indonesia tetapi Mahathir Mohamad dalam wawancara dengan stesen CNN Indonesia pada 10 Mac mendakwa konon masalah rasuah di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran itu.

Dengan menggunakan topik “Mahathir: Korupsi Malaysia Melebehi Indonesia”, adalah jelas bahawa beliau sengaja membuat tuduhan berbaur fitnah yang sebenarnya langsung tidak pun berdasarkan kepada mana-mana fakta.

Indeks 10 negara PALING korup di dunia pada tahun 2017:
(171) Equitorial Guinea 17
(171) Guinea Bissau 17
(171) Korea Utara 17
(171) Libya 17
(175) Sudan 16
(175) Yaman 16
(177) Afghanistan 15
(178) Syria 14
(179) Sudan Selatan 12
(180) Somalia 9

Jelas bahawa segala tuduhan liar oleh kalangan pemimpin PH konon Malaysia adalah antara negara paling korup di dunia juga adalah TIDAK BENAR seperti yang terbukti menerusi senarai dikeluarkan oleh pihak TI sendiri.

Malangnya petikan media mesra PH tetap menuduh Malaysia adalah sebuah negara paling korup boleh didapati seperti berikut di bawah dan niat mereka adalah jelas untuk hasut rakyat benci kerajaan yang memerintah:

19 April 2017 – Chedet.cc (laman blog rasmi Mahathir)
20 Disember 2017 (Keadilan Daily) – Tajuk: Malaysia Juara Rasuah Dunia
28 Mei 2015 (Sinar Harian) – Tajuk: Menteri Kena Tanggungawab Jawapan di Parlimen
29 June 2017 (Malaysia Insight) – Tajuk: Pemimpin UMNO, tak peduli reputasi Malaysia
24 Oktober 2013 (Roketkini.com) – Tajuk: SPRM gagal banteras rasuah, Malaysia korup di dunia

Data yang dianalisis dari tahun 1993 hingga 2017 lalu menunjukkan bahawa skor indeks korupsi paling tinggi bagi Malaysia ialah pernah mencecah tempat ke-50 dan yang paling rendah setakat ini ialah ke-43.

Semoga maklumat dinyatakan dapat membantu sahabat sekalian untuk berpolitik secara lebih bersih demi negara. – Petikan kenyataan Prof. Yahya Md. Som / HAA

Tags: korupTransparency International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Indeks Rasuah Malaysia Tahun Lepas Jatuh Lagi

Indeks Rasuah Malaysia Tahun Lepas Jatuh Lagi

31/01/2023
0

Skor Malaysia dalam Indeks Tanggapan Rasuah (CPI),Transparency International (TI) jatuh untuk tiga tahun berturut-turut dengan mata 47 daripada 100. Ikuti...

“Saya Tidak Pernah Kata Mahathir Korup” – Kit Siang

15/07/2019
0

PEMIMPIN veteran DAP, Lim Kit Siang berkata bahawa beliau tidak pernah menuduh Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang yang korup. "Saya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd