• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Kata Tak Pernah Tangkap Sesiapa

oleh AK-47
04/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Masa tu tidak salah guna undang-undang. Sekarang ini lapor kesalahan kena tangkap. Zaman saya, saya ada tangkap siapa?”

Itu jawapan mengelirukan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila ditanya pemberita mengapa beliau tidak memansuhkan akta yang beliau dakwa sebagai zalim semasa menjadi Perdana Menteri.

Jawapan Mahathir itu bagaimanapun mendapat reaksi Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu yang menunding jari kepada dirinya sebagai pemimpin pembangkang yang pernah ditangkap oleh Mahathir.

“Dia ni (Mat Sabu)…. yang ini memang kena tangkap selalu,” kata Mahathir kepada Mohamad yang duduk di sebelahnya.

Terdahulu, Mahathir dalam sidang akhbar Pakatan Harapan mendakwa pembangkang akan membatalkan beberapa akta yang didakwa zalim dan menekan rakyat jika menang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Akta terbabit adalah Akta Antiberita Tidak Benar, Akta Hasutan, Akta Pencegahan Jenayah, Akta Cetak dan Penerbitan dan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Beliau turut mengumumkan akan memansuhkan peruntukan yang zalim dalam Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perhiimpunan Aman dan Akta Pencegahan Jenayah seperti hukuman gantung dan lain-lain.

Mahathir seterusnya mendakwa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih baik berbanding Akta antiBerita Tidak Benar apabila pemberita membandingkan Akta antiBerita Tidak Benar memberi kuasa kepada mahkamah, sedangkan Akta ISA memberi kuasa kepada menteri.

“Saya cadang baca apa Akta ISA punya kuasa. Akta ISA bila ada deklarasi darurat daripada agong (Yang diPertuan Agong). Masa itu baru kita gunakan Akta ISA. Kita boleh tahan tanpa bicara selama dua tahun, tetapi setiap enam bulan kena `review’,” dakwa Mahathir. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Tun Dr Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

20/01/2024
0

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu padu dari sekarang. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd