• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lufya Hadapi Detik Cemas, Diugut Individu Iran

oleh
05/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan penyanyi Lufya Omar berhadapan detik cemas apabila telefon bimbit miliknya digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut pemilik nama sebenar Lutfyah Sheikh Omar, perkara itu disyaki dilakukan oleh individu dari luar negara yang dikatakan berjaya mengakses e-mel serta akaun Instagram miliknya pada Februari lalu.

“Bulan lalu telefon bimbit saya digodam sehingga e-mel dan Instagram saya boleh dimasuki oleh pihak tersebut.

“Individu itu mengaku berasal dari Iran dan menghubungi saya untuk meminta wang jika mahu semua maklumat dan akaun Instagram saya semula.

“Dia minta saya membayar USD1,000 (RM3,867.51) dan jika saya tidak bayar dia buang gambar dan pengikut Instagram saya,” katanya dipetik mStar Online.

Ujar Lufya, perkara berkaitan berlaku berkemungkinan besar disebabkan oleh tindakannya yang melayari internet menggunakan Wi-Fi awam.

Bagaimanapun pelakon wanita tersebut berkata, dia sudah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

“Saya sudah buat laporan polis bagi melindungi keselamatan. Setakat ini gambar saya di Instagram semua sudah dibuang.

“Pengikut Instagram pula lebih separuh juga sudah hilang gara-gara saya enggan ikut permintaannya,” ujar Lufya.

Sementara itu berkongsi mengenai perkembangan diri, dia dikatakan bakal menyertai misi kemanusiaan ke empat buah negara iaitu Malawi, Bosnia, India dan Filipina bersama 11 lagi rakan selebriti lain pada hujung bulan ini. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: LufyaLufya Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lufya Tuntut Mutaah RM1 Juta Kepada Bekas Suami

Lufya Tuntut Mutaah RM1 Juta Kepada Bekas Suami

02/03/2023
0

SHAH ALAM – Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar membuat tuntutan mutaah berjumlah RM1juta terhadap bekas suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz...

“4 Bulan Saya Digantung Tak Bertali” – Lufya

16/10/2019
0

PELAKON dan penyanyi, Lufya Omar, terkilan dengan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz yang tidak hadir pada sebutan permohonan cerai yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd