• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Loji Rawatan Kumbahan Langat Operasi Oktober

oleh AK-47
10/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Loji Rawatan Kumbahan Langat yang merupakan loji pertama di Malaysia menggunakan kaedah inovasi dari Jepun kini telah siap 70 peratus dan akan mula beroperasi pada Oktober tahun ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang berkata pembinaan loji tersebut bakal memberi manfaat kepada 920,000 penduduk sekitar Cheras dan Kajang.

“Projek bernilai RM1.6 bilion itu bertujuan memastikan beban cemar daripada kumbahan perumahan dan perdagangan dapat dirawat sebaiknya sebelum dilepaskan ke Sungai Langat.

“Loji ini mampu menampung aliran kumbahan sebanyak 207,000 meter sehari meliputi 60.9 kilometer persegi kawasan tadahan Sungai Langat, bermula dari Cheras Batu 11 hingga Kajang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Informasi Awam Projek Pembetungan Langat di sini, hari ini.

Katanya loji rawatan yang akan beroperasi pada Oktober nanti melibatkan 20 peratus daripada keseluruhan Projek Pembentungan Langat melibatkan penyambungan paip daripada 164 loji kumbahan kecil sedia ada di sekitar Cheras dan Kajang ke loji itu.

“Sebaik sahaja 164 loji kecil itu telah siap disambung ke Loji Kumbahan Langat, kami akan mula menutup tapak-tapak loji itu secara berperingkat sebelum diserahkan kembali kepada kerajaan negeri,” katanya.

Zaini berkata projek pembinaan bagi keseluruhan Loji Kumbahan Langat yang turut melibatkan kawasan rekreasi dan kemudahan awam untuk masyarakat setempat dijangka siap sepenuhnya pada 2021.

“Berlandaskan kejayaan ‘Tokyo Gesuidou Service’ dan ‘Tokyo Metropolitan Sewerage Service’ dalam pengurusan pembetungan di Jepun, reka bentuk loji ini menerapkan ciri-ciri moden dengan inisiatif teknologi hijau dan kemudahan awam.

“Antara kemudahan awam yang disediakan termasuk taman berlandskap, stesen penjanaan solar, kawasan rekreasi awam dan kemudahan sukan seperti gelanggang badminton, futsal dan bola keranjang yang akan dibuka kepada orang awam sebaik sahaja siap pada 2021,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zaini Ujang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd