• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liow Gesa Penyokong BN Wangsa Maju Bersatu

oleh AK-47
24/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa penyokong Barisan Nasional (BN) di kawasan parlimen Wangsa Maju supaya terus bersatu dan menghormati semangat kesepakatan BN mengenai pengagihan kerusi.

Beliau berkata semua pihak perlu menghormati keputusan kepimpinan BN untuk meletakkan Datuk Seri Yew Teong Look dari MCA sebagai calon BN untuk Wangsa Maju pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana BN mempunyai peluang cerah untuk merampas kerusi itu dari pembangkang jika semua parti komponen bekerjasama.

“Minta mereka (penyokong) sabar kerana kita tahu perasaan mereka tapi semangat BN penting… kita ada konsensus kita minta semua bersatu, menangkan calon BN,” kata beliau kepada pemberita selepas pengumuman mengenai calon-calon BN Selangor bagi PRU14 di ibui pejabat UMNO negeri di sini hari ini.

Liow mengulas gesaan oleh penyokong Ketua UMNO Wangsa Maju, Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah supaya beliau diturunkan sebagai calon Wangsa Maju memandangkan kerusi itu ialah majoriti Melayu yang merangkumi lebih 60 peratus daripada keseluruhan pengundi.

Mohd Shafei bertanding di kerusi Wangsa Maju pada PRU13 tetapi tewas kepada calon PKR, Datuk Tan Kee Kwong dengan 5,511 undi.

Mengenai komposisi 22 calon MCA yang mewakili BN Selangor pada PRU14, Liow yang juga Pengerusi MCA Selangor berkata beliau berpuas hati dengan komposisi calon secara keseluruhan tetrmasuk calon paling muda iaitu Lee Yee Yuan, 28, seorang arkitek.

Beliau berkata Lee yang akan bertanding di kerusi dewan undangan negerui Sekinchan buat kali pertama dan BN mempunyai peluang terbaik untuk merampas kembali kerusi itu dari calon DAP, Ng Suee Lim selaku penyandang kerusi itu untuk tiga penggal. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Syamsul Debat Anak Bekas Wakil Rakyat, Calon Baharu

Next Post

Perjelas Komitmen BN Martabatkan Wanita

Related Posts

Lepas Jawatan Presiden Langkah Hormat Pulih MCA

24/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dinasihat melepaskan jawatan sebagai satu tindakan hormat bagi memulihkan parti...

Jangan Lagi Termakan Racun DAP – Liow

04/05/2018
0

JANGAN LAGI TERMAKAN RACUN DAP - LIOW BENTONG, 4 Mei (Bernama) -- DAP sebuah parti yang hanya datang bersama 'racun'...

Next Post

Perjelas Komitmen BN Martabatkan Wanita

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd