Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Skandal Rasuah FIFA, Dua...

NEW YORK - Dua pegawai tinggi bola sepak Amerika Selatan mengaku tidak bersalah...

3 Pemimpin PN Perak...

IPOH - Tiga pemimpin utama Perikatan Nasional Perak hari ini menghadap Sultan Perak,...

Kerajaan Perlis Akan Ambil...

KANGAR - Kerajaan Perlis akan mengambil tindakan segera untuk menambah baik tadbir urus...

Wanita Sakit Mental Selepas...

China - Seorang wanita yang mengalami masalah mental selepas terkejut mendengar bunyi dentuman...

Lelaki Ketiga Tertua Dunia Dibawa Melawat Ke Muzium

HEBAT… Seorang lelaki yang diiktiraf sebagai ketiga tertua di dunia dibawa melawat ke Muzium Kebudayaan dan Sejarah Afrika-Amerika, Washington, Amerika Syarikat (AS) secara eksklusif.

Ia hasil usaha seorang dermawan keturunan Afrika-Amerika.

Lapor Berita Harian, Richard Overton, 111 yang juga veteran perang tertua di AS bakal menyambut ulang tahun ke-112 pada bulan depan.

Lelaki tertua di AS itu juga pernah bertugas di Lautan Pasifik semasa Perang Duia Kedua dan bekerja di sebuah kedai perabot selepas dia bersara.

Richard Overton merupakan lelaki ketiga tertua dunia

Dia telah dibawa melawat muzium itu dengan menaiki jet peribadi seorang ahli perniagaan bertaraf bilionair dan pelabur yang dilaporkan rakyat Afrika-Amerika terkaya di Amerika Syarikat, Robert Smith, 58.

Menurut sepupu Overton, Volma Averton, lelaki terkaya itu bertemu Richard di Austin, Texas iaitu lokasi kediaman kedua-dua lelaki terbabit pada Jumaat lalu.

Muzium Kebudayaan dan Sejarah Afrika-Amerika terletak di Washington, Amerika Syarikat

Smith telah menyumbang sebanyak AS$20 juta (RM77.3 juta) kepada muzium tersebut sebelum mengatur lawatan peribadinya bertemu Richard.


“Kami tidak menyangka akan dibawa melawat muzium itu dalam masa terdekat dan Smith datang melawat Richard di rumahnya buat kali pertama.

“Beliau berbual dengan Richard selama dua jam di anjung rumah dan bertanya sama ada Richard mahu ke DC (Washington) untuk melawat muzium ini,” kata Volma kepada media.

Menurutnya lagi, Richard telah berkahwin sebanyak dua kali, namun dia tidak mempunyai waris apabila telah berpisah awal dengan isteri pertamanya, manakala isteri kedua telah meninggal dunia sekitar tahun 1980.

Direkodkan, lelaki tertua di dunia adalah Masazou Nonaka dari Jepun diikuti Gustav Gerneth dari Jerman, masing-masing berumur 112 tahun. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori