• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Banyak Kerja Hasil Persefahaman Kerajaan Pusat

oleh AK-47
26/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerjasama dan persefahaman yang amat baik antara kerajaan pusat dan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) membolehkan​​​​​​ ​Melaka mencatatkan peningkatan ​​​​​ peluang​ ​​​​​​pekerjaan dan pendapatan per kapita susulan pertambahan pelaburan dan kehadiran ​pelancong.

Dalam temu bual hari ini, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata kehadiran pelancong​​​​​​​ bukan sahaja​​​​​​​ melonjakkan perkhidmatan berkaitan pelancongan dan peluang pekerjaan, malah mengalakkan belia pelbagai etnik mencari pekerjaan di negeri itu daripada berhijrah ke tempat lain.

Melaka mempunyai kapasiti dalam memberi perkhidmatan kepada jumlah​​​​​​​ pelancong yang semakin meningkat, sekali gus membuka peluang kepada golongan muda membuka restoran, gerai makanan dan minuman seperti minuman “coconut shake” serta aktiviti lain yang menjana pendapatan.

Petunjuk ekonomi positif juga mengecilkan jurang pendapatan antara kawasan luar bandar dan bandar, serta meningkatkan pendapatan negeri, katanya dalam kenyataan yang mengandungi petikan temu bual itu.

Hasilnya, kadar pengangguran di Melaka susut kepada 0.9 peratus – yang boleh dianggap sebagai​​​​​​guna tenaga penuh – manakala pendapatan per kapita meningkat kepada RM48,000 daripada RM32,000.

Idris berkata kadar pengangguran telah susut 1.2 peratus kepada 0.9 peratus tahun lepas, namun kadar itu terus susut kepada 0.7 peratus pada setakat akhir-akhir ini.

“Kami tidak boleh meraih pencapaian ini tanpa kerjasama dan persefahaman yang amat baik​​​​​​​ antara​​​​​​​ kerajaan pusat dan negeri pimpinan BN.

“Perancangan dan pelaksanaan kerja yang betul seiring dengan kerajaan pusat telah membolehkan jentera negeri merangka strategi dan menjalankan usaha yang dapat menawarkan pekerjaan, meningkatkan​​​​​​​ tahap pendapatan dan melonjakkan pelaburan,” katanya.

Pencapaian itu juga diraih hasil daripada mesyuarat bulanan serta pertemuan semua agensi dan jabatan berkaitan yang lebih giat, sekali gus para pegawai saling mengemas kini perkembangan semasa mana-mana inisiatif, program atau projek yang dijalankan.

Itulah sebabnya jika ada kritikan bahawa kerajaan negeri Melaka tidak berfungsi dengan cekap dan berkesan, ia adalah sesuatu yang tidak betul kerana Melaka tidak mungkin mencapai keputusan prestasi yang disasarkan dalam membawa manfaat kepada rakyatnya.

Mengenai pelancongan, Idris berkata, jumlah penduduk Melaka hanya 950,000 orang namun​​​​​​​ jumlah​​​​​​​ individu di negeri itu bagi setiap minggu meningkat kepada antara 1.2 juta dan 1.3 juta susulan kehadiran​​​​​​​ pelancong.

Kira-kira 16.8 juta pelancong berkunjung ke Melaka setiap tahun.

Perkembangan daripada situasi itu, Ketua Menteri berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Melaka meningkat kepada RM40 bilion, dengan pelaburan asing mencecah RM22.5 bilion hanya dalam tempoh empat setengah tahun, yang sedang menjana pelbagai pekerjaan, termasuk kepada graduan.

Sebagai contoh syarikat tenaga, Edra, akan mewujudkan 1,200 pekerjaan sepanjang tempoh​​​​​​​ pembinaan untuk pakar tempatan dan generasi muda.

Idris berkata anak syarikat kerajaan negeri seperti Pelaburan Melaka Bhd, akan menilai ​​​​cadangan pelaburan daripada pelabur berminat yang menyasarkan jumlah pekerjaan yang boleh dijana.

Beliau berkata pembangunan di lebuh raya pinggir laut dari Kuala Linggi ke Masjid Tanah dan Teluk Mas pula akan menyediakan 10,000 peluang pekerjaan di kawasan berkenaan, yang menghasilkan 50,000 pejkerjaan dalam tempoh lima tahun lagi

Sebagai usaha tambahan di bawah Manifesto BN yang dilancarkan baru-baru ini, diumumkan bahawa lebuh raya pinggir laut itu akan disambungkan dengan Lebuh Raya Pantai Barat Banting-Taiping yang telah mula dibina.

Ia adalah antara langkah untuk membawa lebih banyak pelancong ke bandar bersejarah itu.

“Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, projek lebuh raya pinggir laut itu akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi Melaka.

“Ia, bersama-sama kemasukan pelaburan asing dan pembangunan pelancongan ke negeri ini sejak beberapa tahun lepas akan meningkatkan peluang pekerjaan untuk lebih 50,000 pekerja,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohon UMNO Pusat Batal Kelayakan Idris Bertanding

27/06/2018
0

MELAKA - Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu memohon kepimpinan tertinggi UMNO pusat membatalkan kelayakan Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Idris...

UMNO Melaka Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14

25/06/2018
0

MELAKA - UMNO Melaka telah memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lepas bagi mencabar keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd