• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 6 Juta Benih Pokok Ditanam Sejak 2005

oleh AK-47
02/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Sebanyak 6,624,919 benih pokok serta spesies anak pokok yang sesuai telah ditanam di pesisiran pantai di seluruh negara mulai 2005 hingga tahun lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Datuk Nor Akhirrudin Mahmud berkata kesemua benih pokok itu ditanam sejak pelaksanaan Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies di Pesisiran Pantai Negara pada 2005 di kawasan seluas 2,803 hektar di seluruh negara.

Beliau berkata program itu dilaksanakan berikutan bencana tsunami yang melanda beberapa negeri di negara ini pada Disember 2004.

“Objektif program ini adalah menjadikan kawasan pesisiran pantai lebih stabil untuk jangka masa panjang dan lindungan semula jadi bagi mengurangkan tahap kemusnahan infrastruktur dan harta benda, ancaman terhadap penduduk di kawasan berhampiran pantai serta kehilangan tanah disebabkan hakisan pantai oleh pukulan ombak besar.

“Secara tidak langsung, pelaksanaan program ini dapat mengelak perbelanjaan kerja-kerja perlindungan pantai yang lebih tinggi serta mewujudkan ekosistem pesisiran pantai yang juga koridor habitat penting termasuk hidupan marin,” katanya.

Nor Akhirrudin berucap demikian pada perasmian program itu sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2018 di Hutan Simpan Lekir dekat Sitiawan hari ini dan teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Operasi dan Teknikal) Datuk Borhanudin Arshad.

Sementara itu, Pengarah Perhutanan negeri Datuk Mohamed Zin Yusop berkata sejumlah 2,005,503 benih pokok telah ditanam di kawasan pesisiran pantai di seluruh negeri sejak 12 tahun lalu.

Katanya sebanyak 1,897,615 daripada jumlah itu, melibatkan penanaman di kawasan hutan paya bakau di seluruh negeri.

Beliau berkata pihaknya berjaya mencapai sasaran kerajaan negeri iaitu penanaman dua juta benih pokok, sekali gus menunjukkan komitmen mereka dalam memastikan kawasan pesisiran pantai di negeri ini sentiasa terpelihara.

Pada program itu, sebanyak 1,000 benih pokok Bakau Kurap dan Bakau Minyak ditanam di atas kawasan seluas 0.1 hektar di pesisiran Hutan Simpan Lekir di sini.

Seramai 300 peserta terlibat dalam program tersebut antaranya kakitangan Jabatan Perhutanan negeri, Pertubuhan Sahabat Hutan Bakau Lekir Sitiawan termasuk murid Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram. – BERNAMA

Tags: Benih Pokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd