Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

Kluster Baru Covid-19 di...

SATU kluster baharu iaitu membabitkan pelajar tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang dikesan Kementerian...

Wartawan TV Alhijrah &...

PERANG tidak pernah berhenti di Somalia sejak 1991. Mogadishu antara bandar paling teruk dilanda...

‘Tak Salah Bercinta Dengan...

PENYANYI Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan panggilan Nana berkata bukanlah menjadi kesalahan...

Perjanjian Projek HSR Akan...

ISKANDAR PUTERI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perkembangan projek...

Lawak Mkini Dotcom Cabar Akta Antiberita Tidak Benar

ALAHAI… Sepatutnya semua pihak bergembira apabila Akta Antiberita Tidak Benar diwartakan dalam usaha kekang penularan cerita fitnah menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) bulan depan.

Bayangkanlah kisah palsu hebat dijaja netizen propembangkang tular dieksploitasi ketika PRU lalu menyebabkan ramai terpedaya sebelum kemudian disahkan sebagai tidak benar oleh kalangan pemimpin antikerajaan itu sendiri.

Malangnya pengendali portal berita propembangkang, Mkini Dotcom Sdn. Bhd. hari ini bertindak sebaliknya apabila cuba memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap akta baharu diwujudkan tersebut.

Ia dibuat dalam usaha terdesak mereka untuk mahkamah pula mengisytiharkan Akta Anti Berita Tidak Benar yang diluluskan di Parlimen pada bulan lalu itu kononnya sebagai tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal.

Alasan diberikan Mkini Dotcom Sdn. Bhd. itu mengulangi skrip sama pernah dilakukan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk mengelakkan dirinya daripada dibicarakan di mahkamah atas skandal hartanah di Pulau Pinang.

Justeru Ketua Menteri negeri tersebut cuba menangguhkan perbicaraan dengan meminta pihak mahkamah untuk isytihar pula Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia konon tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal.

Kali ini drama sama diulang! Mkini Dotcom Sdn. Bhd. selaku pemohon menamakan kerajaan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden pertama dan kedua dalam permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi di ibu kota.

Ia mendakwa, akta tersebut konon melanggar Fasal 5(1) dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan. Mkini Dotcom turut memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden untuk mengadakan satu siasatan tempatan.


Proses tersebut dilakukan di bawah Seksyen 5 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan bagi mempertimbang representasi mereka kepada responden pertama untuk bertindak menurut peruntukan yang berkenaan.

Alasan diberikan pemohon ialah definisi berita tidak benar adalah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan yang sebahagian atau keseluruhannya adalah palsu sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio.

Juga sebarang bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea mengenai isu itu. Portal tersebut pernah menyiarkan artikel bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram mempertikaikan akta itu.

Akta tersebut bagi pihak pemohon meletakkan beban yang terlampau berat kepada mereka untuk memastikan setiap perkara yang diterbitkan melalui bentuk laporan atau pendapat adalah benar secara muktamad.

Untuk rekod, pembangkang menentang keras akta itu kerana konon mendakwa ia sekat kebebasan bersuara tetapi ironi, pemimpin mereka turut bertindak serupa terhadap media prokerajaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori