• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lama Rambut Panjang, Kini Dayang Tampil Kelainan

oleh
14/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMBUT merupakan ‘mahkota’ buat setiap wanita dan disebabkan itu, penyanyi Dayang Nurfaizah mengambil keputusan untuk ‘mengorbankan’ mahkotanya itu.

Sepanjang 10 tahun lalu, Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, sangat selesa dengan imej berambut panjang.

Tetapi kini, dia mengambil keputusan untuk memotong rambutnya bagi menggayakan penampilan baharunya.

“Saya sudah bosan dengan rambut panjang yang saya kira lebih 10 tahun dengan gaya yang sama.

“Rambut pendek senang nak bersiap lagi pula rambut sekejap je panjang jadi saya tidak bimbang,” katanyaa dipetik daripada portal mStar Online.

Sebelum ini, Dayang pernah menggayakan rambut pendek seperti lelaki ketika dia mula-mula dikenali dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta.

Namun kali ini, dia tidak terfikir langsung untuk mengenakan rambut pendek seperti itu kerana ia kelihatan tidak sesuai dengan usianya yang sudah memasuki 36 tahun.

Tidak lama lagi, Dayang baru sahaja muncul dengan single duetnya berjudul Haram bersama dengan penyanyi yang turut bergelar komposer iaitu Hael Husaini.

BACA:Duet Dengan Dayang, ‘Haram’ Tunaikan Impian Hael

Menurut Dayang, Hael merupakan seorang penyanyi dan komposer yang mudah untuk bekerjasama dan tidak banyak kerenah.

“Dia hubungi saya untuk nyanyi dalam lagu ini. Selepas pertama kali dengar sahaja saya suka dan rasa lagu itu catchy,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, bagi Hael, persetujuan Dayang untuk turut menjadi rakan duetnya dalam lagi Haram merupakan mimpi menjadi kenyataaan.

Hael menjadikan Dayang sebagai idolanya dalam dunia nyanyian dan kesudian Dayang untuk bersamanya merupakan satu penghargaan yang terbesar buat penyanyi lagu Jampi itu. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: Dayang NurfaizahNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd