LAMA tak dengar perkembangan baharu tentang pelakon kacak, Arja Lee… Selepas lama ‘menghilang’, kini Arja menjawab segala persoalan yang terlintas di fikiran peminatnya.

Arja atau nama sebenarnya, Azharudin Ramli memberitahu bahawa kerjaya seninya kini agak perlahan disebabkan sedang memberi fokus kepada pengajian peringkat sarjananya.
“Saya berdiam bukan sebab merajuk dengan industri tetapi sibuk pengajian peringkat sarjana. Insya-Allah dalam setahun setenggah atau dua tahun kemudian saya akan sambung ke peringkat doktor falsafah.
“Saya ingin menjadi pensyarah dan berkongsi ilmu dengan orang lain,” kata Arja dipetik daripada portal mStar Online.

Pelakon berusia 35 tahun itu sedang sibuk menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana Teater Psikologi bertempat di Universiti ‘Teknologi Mara (UiTM).
Sebab utama mengapa dia melanjutkan pelajaran ialah selepas melihat bahawa lumrah kehidupan dan kejayaan seseorang selebriti itu bukanlah satu kehidupan yang lama.
“Populariti jadi artis hanya sementara sahaja, saya seorang yang fikir ke depan dan pada saya sampai bila kita akan duduk di atas.
“Cukup ada dalam profil sahaja dan kita boleh kongsi pengalaman itu kepada orang lain suatu hari nanti,” tambahnya lagi.

Tambah pelakon filem … Dalam Botol itu, dengan pelajaran yang ada kemungkinan akan membawa rezeki dan mencorakkan jalan kehidupannya selepas ini.
Malah, sikap sentiasa fikir ke hadapan turut membuatkan pelakon drama Misiku Kuza itu memilih untuk menyambung pelajar ke peringkat yang lebih tinggi.
“Cukup ada dalam profil sahaja dan kita boleh kongsi pengalaman itu kepada orang lain suatu hari nanti,” katanya.

Dalam masa yang sama, pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan dari Univerisiti Sains Malaysia itu turut menyeru kepada semua selebriti untuk mencari inisiatif lain bagi mencari ilmu walaupun mereka mempunyai kedudukan yang selesa di dalam dunia seni ketika ini.
Baginya, ilmu yang dimiliki oleh seseorang artis itu akan memberi nilai tambahan serta membuatkan mereka lebih dihormati oleh masyarakat.
“Saya melihat contoh Norzizi Zulkifli dan Datuk Syafinaz Selamat yang bukan sahaja berbakat tetapi datang dengan pakej dan berilmu,” ujar pelakon dan juga penyanyi itu lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

