• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Johor Rampas LPG Bernilai RM105,928

oleh AK-47
12/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Negeri (KPDNKK) Johor merampas barang kawalan bersubsidi Gas Petroleum Cecair (LPG) bernilai RM105,928 dalam dua serbuan berasingan di dua premis sekitar bandar raya baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri Aris Mamat berkata serbuan pada 5 dan 11 April atas kedua-dua premis itu yang disyaki melakukan penyelewengan dalam kegiatan perdagangan barang kawalan berkenaan adalah hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut pada kedua-dua premis itu mendapati sejumlah LPG ditemukan, selain pemilik premis gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit kebenaran menyimpan dan berurusan dengan barang kawalan berkenaan

“Dalam serbuan pada 5 April di Taman Gembira, kita berjaya merampas sebanyak 115 unit LPG isi padu 12kg, 236 unit LPG isi padu 14kg, 82 unit LPG isi padu 50kg selain dokumen perniagaan serta invois belian.

“Sementara itu, serbuan di premis di Jalan Saleng pada 11 April pula menemukan sebanyak 192 unit LPG isi padu 12kg, 85 unit LPG isi padu 14kg, 103 unit isi padu 50kg, sebuah lori, alat timbang, hos getah dan dokumen perniagaan serta invois,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aris berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki barang kawalan LPG dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan.

Bagaimanapun bagi kesalahan yang dilakukan menerusi Akta Kawalan Bekalan 1961, pesalah juga boleh dihukum mengikut Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Jika sabit kesalahan bagi individu, mereka boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Jika kesalahan berulang dan seterusnya, boleh didenda tidak lebih RM3 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata manakala bagi syarikat perbadanan, jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2 juta dan jika kesalahan berulang dan seterusnya boleh didenda tidak lebih RM5 juta. – BERNAMA

Tags: Aris Mamat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd