• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Adil & Konsisten Membangunkan Sabah

oleh AK-47
17/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berlaku adil dan konsisten dalam membangunkan negeri Sabah sama ada di bandar mahupun di kawasan luar bandar, menurut Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Sabah.

Presidennya, Datuk Zulkifli Jaafar, berkata aspek pembangunan secara menyeluruh telah diagihkan secara adil termasuk dalam bidang pendidikan.

Menurutnya, pembangunan pesat di negeri adalah hasil kegigihan dan perancangan Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

“Ketua Menteri memberi tumpuan kepada peningkatan kemudahan pendidikan di negeri itu. Beliau menggalakkan penubuhan politeknik, kojel tempatan dan kolej universiti termasuk di bawah Yayasan Sabah.

“Tidak lupa juga pembangunan Hab Pendidikan Sandakan bagi membolehkan pendidikan yang berpatutan dapat diakses oleh kanak-kanak di luar bandar,”katanya dalam kenyataan selepas beliau bersama 13 ahli persatuan itu mengunjungi Musa di kediaman rasmi ketua menteri itu di Sri Gaya di sini, hari ini.

Zulkifli berkata Musa telah memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan yang lebih mampan untuk Sabah, beralih daripada industri berasaskan pertanian kepada pelbagai ekonomi berasaskan pelancongan dan pembuatan.

Beliau berkata Musa turut memberi banyak sumbangan terhadap pembangunan infrastruktur asas di negeri itu hasil hubungan baik dengan kerajaan persekutuan terutama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita dapat melihat pembangunan telah berlaku di hampir setiap kawasan di Sabah,”katanya.

Justeru, beliau berkata kepimpinan semasa perlu disokong untuk memastikan negeri itu menikmati pembangunan yang berterusan.

“Bagi pihak persatuan, kami menjanjikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Musa,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan BN kerana memberi perhatian dalam menangani masalah sekolah usang di kawasan pedalaman di negeri itu.

Dalam pertemuan itu, katanya, Musa memberitahu bahawa kerajaan negeri menghargai peranan dan sumbangan guru pesara terhadap pembangunan bidang pendidikan di negeri itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Zulkifli Jaafar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd