• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khidmat Sewa Hantaran Bantu Pengantin Miskin

oleh Ahmad Albab
13/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Sebuah syarikat di Thailand menawarkan perkhidmatan sewa wang dan barangan kemas sebagai hantaran kepada pasangan pengantin miskin yang mahu menunjuk-nunjuk ketika majlis perkahwinan mereka.

Syarikat perunding acara, Romantiese yang berpangkalan di Chiang Mai baru menawarkan perkhidmatan itu sejak tiga bulan lalu tetapi sambutan yang diterima sangat luar biasa.

Bagi masyarakat di Thailand, hantaran atau dikenali sebagai sin sod diberi pihak lelaki sebagai tanda menghargai ibu bapa yang membesarkan pengantin perempuan dan sebagai bukti pengantin lelaki mampu menyara keluarga.

Hantaran yang terdiri daripada wang tunai dan barangan kemas biasanya dipamerkan pada majlis perkahwinan untuk menunjukkan status pengantin lelaki.

Bagaimanapun, tidak ramai yang mampu memberi wang hantaran yang tinggi dan Romantiese mengambil kesempatan daripada situasi itu bagi menjaga air muka pengantin lelaki.

Menurut laporan portal Coconuts Bangkok, Romantiese menawarkan perkhidmatan menyewa wang tunai, jongkong emas malah kereta mewah kepada bakal pengantin terbabit.

Syarikat itu mengenakan bayaran 35,000 baht (RM4,353) untuk pakej wang tunai berjumlah 500,000 baht (RM62,188) dan sebuah kereta mewah Mercedes dipamerkan sebagai hantaran ketika majlis perkahwinan.

Pemilik Romantiese, Tawan Supanontakorn, 31, dan isterinya, Kangkai, 28, memberitahu, perkhidmatan itu diinspirasikan daripada pengalaman perkahwinan mereka sendiri.

“Ketika kami berkahwin lima tahun lalu, kami berharap untuk menyediakan emas dan wang tunai bagi menghargai keluarga kami tetapi pada waktu itu kami tidak mampu berbuat demikian.

“Kami berharap dengan perkhidmatan ini dapat membantu menjadikan majlis perkahwinan pelanggan kami menjadi hari yang indah dan sempurna,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Tags: pengantinThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd