Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Mahasiswa Digesa Pergiatkan Aktiviti...

BANDUNG - Golongan mahasiswa digesa untuk mempergiatkan aktiviti yang melibatkan rakan-rakan negara ASEAN...

Dubai Keluar Fatwa Haram...

DUBAI - Pihak berkuasa hal ehwal agama Islam di Dubai mengeluarkan fatwa yang...

Rasuah: Juruteknik SAJ Holdings...

JOHOR BAHRU – Seorang juruteknik SAJ Holding Sdn. Bhd. (SAJ Holdings) mengaku salah...

Surat ‘Hantu Jambatan’ Buat...

GEORGE TOWN - Sekeping nota didakwa ditulis oleh 'hantu jambatan' telah menggemparkan penduduk...

Ketua Samseng Bebas Tuduhan Rompakan Bank

MARSEILLE – Seorang ketua kumpulan penjenayah di selatan Perancis dibebaskan daripada tuduhan terbabit dalam satu rompakan di sebuah bank yang dianggap sebagai `rompakan abad ini’.

Jacques Cassandri, 74, didakwa atas tuduhan merompak bank berkenaan pada 1976 selepas dia menulis buku mengenai jenayah itu.

Cassandri yang sangat terkenal dalam dunia jenayah di Marseille dibebaskan daripada tuduhan merompak Bank Societe Generale di Nice.

Dalam kejadian itu sekumpulan perompak menggali terowong melalui lubang kumbahan dan melarikan wang tunai berjumlah 29 juta euro (RM138 juta) daripada bilik kebal bank berkenaan.

Rompakan itu kekal misteri sebelum Cassandri yang menggunakan nama D’Amigo menulis buku mengenai jenayah berkenaan pada 2010.


Cassandri dibicarakan oleh pendakwa raya yang menggunakan buku itu sebagai bukti tetapi dia mendakwa buku itu hanya fiksyen dan menafikan terbabit dalam jenayah itu.

Tanpa bukti mencukupi untuk mendakwa Cassandri atas dakwaan jenayah terancang dan pengubahan wang haram, hakim di mahkamah di Marseille mensabitkannya dengan kesalahan lebih kecil.

Cassandri dijatuhi hukuman penjara 30 bulan atas kesalahan perniagaan kerana kesalahan menggunakan wang syarikat, penipuan dan tidak mengisytiharkan kerja. – AFP/BH ONLINE

Kategori