• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KeTTHA Nafi Serahkan LRAL2 Kepada Air Selangor

oleh Ahmad Albab
03/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan Persekutuan enggan menyerahkan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

KeTTHA dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Kabinet pada 28 Feb lepas telah memutuskan serahan separa LRAL2 oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) kepada Air Selangor hanya akan dibuat setelah kerajaan Selangor memuktamadkan skim penstrukturan bekalan air di negeri itu.

“Kerajaan Persekutuan melihat penstrukturan bekalan air merupakan jalan terbaik bagi membolehkan PAAB membangunkan aset-aset air bagi menangani isu rizab margin air terawat yang rendah di Selangor iaitu antara kosong hingga tiga peratus.

“Adalah juga adil untuk PAAB, sebagai pemilik LRAL2, mengutip balik pelaburan berjumlah RM3.7 bilion bagi pembinaan loji ini melalui sewa pajakan yang akan dibayar oleh Air Selangor,” kata kementerian itu.

Menurut laporan media, Azmin dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 28 Mac lalu dilaporkan mendakwa kerajaan Persekutuan menghalang Selangor membekal air terawat kepada pengguna.

Laporan itu menyebut Azmin sebagai berkata kerajaan Persekutuan membuat keputusan pada 20 Mac lalu untuk tidak membenarkan air terawat LRAL2 dibekalkan oleh Air Selangor kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

KeTTHA berkata kerajaan Selangor juga perlu komited untuk membayar balik pinjaman PAAB berjumlah RM1.6 bilion bagi pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd dan Konsortium ABASS Sdn Bhd dan RM6 bilion Water Bond Selangor.

“Kerajaan Selangor perlu segera bertindak untuk memuktamadkan penstrukturan semula bekalan air agar rakyat Selangor dapat menikmati air bersih berjumlah 565 juta liter sehari (JLH) yang dibekalkan oleh LRAL2, sekali gus meningatkan rizab margin air terawat di Selangor,” kata kementerian itu.

Dalam pada itu, KeTTHA berkata bekalan air di Selangor dapat diuruskan dengan lebih efisien melalui kawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta membolehkan Air Selangor, sebagai pemegang lesen perkhidmatan, menumpukan perhatian kepada kecekapan operasi, kewangan dan peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pengguna. – BERNAMA

Tags: air selangorKeTTHA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

05/06/2024
1

SHAH ALAM : Pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula jam 3 pagi esok, selepas kerja penyelenggaraan dan penggantian...

Air Selangor Mohon Naikkan Tarif Air Di Lembah Klang

Air Selangor Mohon Naikkan Tarif Air Di Lembah Klang

04/07/2023
0

Pengendali perkhidmatan air di Lembah Klang, Air Selangor meluahkan harapan agar kerajaan mengkaji semula tarif air secepat mungkin. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd