• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketiadaan Tian Chua Tidak Bermakna Laluan Mudah BN

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini menolak tanggapan ketiadaan penyandang Tian Chua mempertahankan Parlimen Batu akan memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) ini.

Katanya ini kerana calon Gerakan yang mewakili BN Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berdepan dengan tiga lagi pencabar melibatkan calon PAS dan Bebas.

“Saya terbaca yang Gerakan dikatakan telah menang satu kerusi (Batu) sebab penolakan Tian Chua, tapi ingin saya tegaskan BN belum menang di sana. Kita mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan kemenangan milik kita.

“Saya telah menasihati calon kita (Lau) di Parlimen Batu untuk bekerja lebih keras dan teruskan usaha sebab dalam pilihan raya ini macam-macam boleh jadi… jadi masih banyak lagi yang perlu dilakukan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak Jualan Sentuhan Rakyat di Taman Nenas, di sini.

Pencalonan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang untuk bertanding di kerusi Parlimen itu ditolak oleh pegawai pengurus pilihan raya kawasan semasa proses penamaan calon semalam berikutan satu keputusan mahkamah membabitkan aktivis PKR berkenaan.

Susulan itu, kerusi Parlimen tersebut menyaksikan Lau yang juga Naib Presiden Gerakan berdepan calon PAS Azhar Yahya serta V M Panjamothy Muthusamy dan P Prabakaran Paramesnaran yang masing-masing bertanding atas tiket Bebas.

Dilaporkan Tian Chua boleh membuat petisyen selepas PRU14 nanti.

Dalam perkembangan lain, Mah yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan, mengakui berdepan tugas sukar kerana selain dicabar Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, beliau juga ditentang calon PAS Dr Ahmad Ramadzan Ahmad Daud.

“Ini kali pertama selepas 23 tahun PAS bertanding di Parlimen Teluk Intan. Kita akur PRU14 akan lebih mencabar namun kita yakin akan menang dan secara keseluruhannya saya bertekad membaiki pencapaian Gerakan berbanding PRU13,” katanya.

Sementara itu di Jualan Sentuhan Rakyat yang bermula 8 pagi tadi, pelbagai barangan keperluan seperti gula, minyak masak dan tepung dijual pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Seri Mah Siew Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd