• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesedaran Asing Sisa Pepejal Masih Rendah

oleh AK-47
03/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Tahap kesedaran penduduk di Perlis berhubung pengasingan sisa pepejal masih rendah, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Perkhidmatan Bandar, dan Pembangunan Penjaja & Peniaga Kecil negeri, Mat Hassan.

Beliau berkata kerajaan telah menjalankan pelbagai kempen kesedaran melalui media cetak dan elektronik termasuk mengadakan sesi penerangan bermula daripada peringkat prasekolah sehingga ke peringkat tertinggi seperti universiti, namun ia dilihat masih kurang berkesan.

“Rakyat menganggap sampah itu tidak bermakna, malah tidak mahu mengambil berat dan sengaja membuang sampah begitu saja, tanpa ada rasa tanggungjawab dalam diri,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pelupusan sanitari Rimba Mas dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, malah ada segelintir masyarakat terutama di luar bandar dengan tanpa segan silu membuang sampah ke dalam sungai atau laut yang boleh menyebabkan ekosistem marin terjejas dan musnah.

“Walaupun tiada tindakan tegas diambil setakat ini, kerajaan sedaya-upaya memberi didikan dan nasihat kepada orang awam agar tidak membuang sampah begitu sahaja,” katanya.

Terdahulu, Mat dalam lawatannya ke tapak pelupusan yang beroperasi genap setahun itu berkata, penerimaan sisa pepejal di tapak itu sehingga Februari lepas adalah hampir 50,000 tan dengan purata sehari mencecah 150 tan.

Tapak pelupusan berkenaan dijangka mampu bertahan antara lima hingga tujuh tahun dan kos penyelenggaraan dan pengoperasian mencecah RM1.8 juta setahun. – BERNAMA

Tags: Sisa Pepejal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syarikat Kumpul Barang Kitar Semula Didenda RM15K

05/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pengumpulan barang kitar semula didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan...

2 Tapak Pelupusan Sampah Bakal Dibina Di Sabah

14/11/2018
0

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri akan membina dua tapak pelupusan sampah baharu, masing-masing di Kota Marudu dan Semporna sebagai antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd