• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Gerik: 3 Ditahan Termasuk Bekas Isteri

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan tiga suspek termasuk bekas isteri mangsa yang terlibat dalam kejadian kes bunuh seorang lelaki di Gerik, pada 7 April lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, SAC Yahya Abdul Rahman berkata kesemua suspek yang berumur antara 35 dan 41 tahun itu ditahan secara berasingan pada 10 April di sekitar kawasan Gerik.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, kejadian bunuh itu dipercayai berlaku akibat perebutan wanita di antara seorang daripada suspek dengan mangsa.

“Pada 15 April, suspek lelaki berumur 41 tahun serta wanita berumur 38 tahun yang juga merupakan bekas isteri mangsa telah menjelaskan situasi sebenarnya yang berlaku kepada polis semasa soal siasat.

“…Ini kemudiannya membawa kepada penemuan sepucuk pistol jenis Colts Convenent yang digunakan untuk menembak mangsa yang disimpan di rumah ibu suspek lelaki berkenaan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Yahya berkata selain pistol polis turut merampas 35 butir peluru jenis .45 yang disimpan di rumah ibu suspek terbabit.

Katanya kertas siasatan kes tersebut akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan negeri untuk arahan lanjut.

Kesemua mangsa kini ditahan reman selama tujuh hari mulai 11 hingga 17 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 8 April lepas, Yahya mengesahkan mayat seorang lelaki berumur 38 tahun yang lengkap berpakaian ditemukan dengan kesan tembakan di bahagian kepala, dada dan perut di kawasan Ladang Sungai Rui, Ban Pasir, Jalan Gerik-Kupang, Gerik, kira-kira 130km dari sini. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: bekas isterikes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd