• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan N.Sembilan Mohon Satu Lagi UTC, RTC

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan sedang meneliti untuk mewujudkan satu lagi Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Nilai dan satu lagi Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Bandar Baru Serting, Jempol.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pengwujudan UTC dan RTC di kawasan berkenaan adalah berikutan kepadatan penduduk yang memerlukan perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan.

“Kerajaan negeri akan memohon kepada kerajaan pusat supaya diadakan satu lagi UTC di Nilai, manakala untuk RTC di Bandar Baru Serting, kita telah mengajukan permohonan dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. lokasi RTC ini kita telah dikenal pasti.

Dari segi dasarnya, ia telah dipersetujui oleh pihak kementerian, tetapi kalau boleh kita hendak minta kementerian melaksanakannya secepat yang mungkin,” katanya pada sidang media selepas beliau mempengersikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Negeri Sembilan kini mempunyai UTC yang pertama di Ampangan di sini dan RTC di Rembau.

Sementara itu, katanya pengoperasian UTC di Ampangan berjalan dengan baik dan jelas ia mendapat sambutan ramai.

Katanya mengikut statistik sejak ia dibuka pada bulan Disember 2017 sehingga Februari lepas menunjukkan yang paling tinggi sekali menerima pelanggan ialah Jabatan Pendaftaran Negara iaitu seramai 65,030 orang, diikuti Tabung Haji (23,477 orang), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (20,953 orang), Jabatan Imigresen (15,617 orang) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) (11,448 orang).

Klinik Kesihatan menerima kunjungan 11,163 orang, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) (8,382 orang), Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) (7,919 orang), Telekom Malaysia (TM) (7,378 orang), Klinik Pergigian (5,414 orang), Kementerian Belia dan Sukan (3,225 orang), Agensi Negeri (3,148 orang), Polis Diraja Malaysia (PDRM) (1,740 orang) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) (1,112 orang).

“Ini jelas menunjukkan penubuhan UTC yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di seluruh negara membuktikan ia mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat,” katanya.

UTC dan RTC menempatkan pelbagai pejabat jabatan serta agensi kerajaan, yang membolehkan masyarakat mendapatkan perkhidmatan awam dengan mudah secara berpusat di bawah satu bumbung.

UTC Ampangan adalah UTC yang pertama di Negeri Sembilan dan ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 30 November 2017.

Projek Kerajaan Persekutuan itu adalah sebahagian daripada pelan transformasi negara (UTP) bagi kemudahan bersama. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Najib Bebas Penjara Minggu Depan?

Apakah Najib Bebas Penjara Minggu Depan?

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR — Dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak bakal dibebaskan dari penjara minggu depan atau bulan...

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

22/05/2026
0

PUTRAJAYA – Malaysia kini berada di kedudukan ketujuh negara paling dipercayai di dunia berdasarkan laporan 2026 Edelman Trust Barometer. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd