• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan BN Tak Pernah Pinggir Kaum Wanita

oleh Ahmad Albab
03/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan wanita daripada mana-mana kaum dalam usaha mengarusperdanakan golongan hawa sekali gus memberi peluang bergerak seiring dengan perubahan negara, kata isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata golongan wanita India juga tidak terkecuali daripada menerima pelbagai faedah serta manfaat hasil inisiatif kerajaan khususnya menerusi Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Di bawah SEDIC, sejumlah RM203 juta telah diperuntuk untuk dimanfaatkan oleh 500,000 masyarakat India dengan 16 peratus daripada peruntukan itu diagihkan kepada program-program berkaitan wanita dan ibu tunggal.

“Pelbagai kursus seperti jahitan, masakan, pertanian dan persolekan dilaksanakan khas untuk golongan wanita dan ibu tunggal dengan kebanyakan mereka menjana pendapatan sendiri,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Wanita Kebangsaan Gerak Sakti 1Malaysia yang dihadiri kira-kira 3,000 kaum wanita India, di sini hari ini.

Menurut Rosmah, melalui AIM pula lebih 10,000 wanita India dibantu melibatkan pembiayaan perniagaan berjumlah RM140 juta.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Gerak Sakti 1Malaysia, Datuk R.S.Thanenthiran dan isteri Datin Seri Vaney Thanenthiran yang juga Pengerusi Gerakan Wanita pertubuhan itu.

Rosmah turut menasihati kaum wanita India yang ingin menceburi perniagaan agar mencari pasaran khusus bagi memudahkan usaha memikat hati pelanggan.

Menyentuh isu lain, Rosmah mengingatkan wanita yang hadir pada majlis itu supaya sentiasa membuat perkara yang menggembirakan suami mereka yang merupakan antara kunci kebahagiaan rumah tangga.

“Macam saya, saya buatkan suami saya gembira, (apabila) beliau gembira maka beliau dapat menjalankan tugasnya dengan baik demi anda semua dan untuk Malaysia,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Katanya beliau juga menerima segala kritikan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya dengan berlapang dada dan senyuman kerana semua itu adalah perkara lumrah dalam dunia politik.

“Dalam politik, kita terpaksa harunginya dan senyum… itu merupakan ‘ubat’ yang terbaik untuk mereka. Bila kita senyum dia sakit hati, bila kita marah dia suka hati. (Justeru) Cara terbaik untuk tangani semua ini ialah dengan senyuman,” katanya.

Rosmah turut memuji inisiatif Pertubuhan Gerak Sakti 1Malaysia yang diasaskan pada November 2015 dalam menaikkan taraf hidup masyarakat India dengan merekrut 6,000 remaja kaum itu untuk diberikan latihan intensif dalam bidang diminati selain membuka peluang pekerjaan kepada mereka.

Pada majlis itu, Rosmah turut menyampaikan anugerah kepada tiga wanita India atas pencapaian dalam bidang masing-masing iaitu pengasas The Center of Appplied Data Science, Sharala Axryd; aktivis kemasyarakatan Guramah Appanah; dan Janagi Narayanan, seorang ibu tunggal yang mengusahakan kedai kopi di pekan Trolak, Perak.

Masing-masing menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi dan sijil. – BERNAMA

Tags: BNDatin Seri Rosmah Mansor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd