• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Beri Sinar Kepada Usahawan Wanita

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 yang antara lain menjanjikan penubuhan pusat transformasi usahawan wanita di setiap negeri, dilihat dapat membantu golongan itu secara menyeluruh.

Ia bukan sahaja membuka peluang kepada kaum hawa yang berminat menjadi usahawan tetapi juga mengukuhkan lagi kedudukan usahawan sedia ada khususnya yang terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti Datin Haliza Hussein.

Pengarah Urusan Haliza Industries Sdn. Bhd. itu berkata beliau tidak pernah menjangka dapat melebarkan perniagaan makanan ringannya hingga ke luar negara, namun hasil pelbagai inisiatif dan insentif kerajaan produk beliau kini berada di pasaran seperti China, Bahrain, Brunei Darussalam, Singapura dan Arab Saudi.

Memuji langkah dan pelbagai program yang dilaksanakan oleh kerajaan sedia ada bagi membantu menggerakkan usahawan IKS, Haliza berkata langkah terbaharu kerajaan yang berjanji untuk menubuhkan pusat transformasi usahawan wanita di setiap negeri tepat pada masanya.

“Saya berharap pusat transformasi usahawan wanita di setiap negeri yang akan dilaksanakan kerajaan ini diadakan di lokasi yang strategik dan dapat menarik perhatian pengunjung untuk datang,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Haliza berkata menerusi cetusan idea itu, akan wujud ruang yang lebih besar bagi kaum hawa yang berkecimpung dalam dunia perniagaan untuk mendekatkan produk yang ditawarkan atau dihasilkan mereka kepada pelanggan.

Beliau yang mengusahakan perniagaannya sejak 10 tahun lalu tidak menafikan peluang serta sokongan berterusan yang diberikan oleh kerajaan terhadap produk yang diusahakannya meletakkan beliau di tempat sekarang.

Haliza turut melahirkan keyakinan tinggi usaha yang bakal dilakukan kerajaan itu juga mampu memberikan lakaran kejayaan kepada usahawan-usahawan wanita lain di negara ini .

Penubuhan pusat transformasi usahawan wanita di setiap negeri dengan menggunakan model holistik PASARNITA yang menawarkan ruang niaga dan melebarkan jaringan perniagaan serta khidmat nasihat keusahawanan selain mempamerkan produk dan jenama itu antara aku janji BN terhadap kaum hawa di negara ini jika terus diberi mandat mentadbir negara pada 9 Mei ini. – BERNAMA

Tags: Kerajaanusahawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd